Wednesday, December 19, 2012

Hari Ini Khamis

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar." - Hadis

Esok Jumaat!
Mudahkan kami beramal kerana Mu Allah.

Amalan Spiritual Yang Unggul : Tafakur.


Subhanallah. Tafakur, muhasabah, merenungi diri sendiri ialah satu amalan spiritual yang sangat efektif.

Saya selalu menganjurkan peserta program untuk cuba sekurang-kurangnya (sebagai latihan) duduk bersendirian atas sejadah sebelum masuk waktu subuh. Fikiran dikosongkan dari masalah dan yang ada hanya hamba dan pencipta. Sudah tentu ia lebih hebat jika disulami dengan meneliti terjemahan Al-Quran dan solat sunat.

Duduk bersendirian ialah amalan dan pengalaman luar biasa yang sangat positif. Islam dan para nabi sudah menunjuknya dalam sirah. Bahkan mereka yang bukan Islam turut meniru amalan ini.

Blaise Pascal, seorang sarjana matematik dan ahli falsafah keturunan Perancis berkata, "Hampir kesemua masalah manusia timbul akibat daripada gagal mengamalkan duduk bersendirian di dalam sebuah bilik bagi tempoh tertentu"

Dikatakan manusia mula menjadi hebat apabila mereka meluangkan masa duduk bersendirian, merenungi isi naluri dan suara hati mereka.

Sepanjang tempoh menyendiri itu, fikiran kita akan menjadi jelas, tenteram dan tenang. Kita berasa seolah-olah kita dan alam sejagat menjadi satu. Bahagia dan aman. Pada detik tertentu, ilham dan pemahaman akan mula mengalir ke dalam fikiran ketika itu.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Bertafakur sesaat adalah lebih baik daripada beribadat setahun.” (Riwayat ad-Dailani)

Imam Syafi’i menegaskan, “Milikilah kepandaian berbicara dengan banyak berdiam, dan milikilah kepandaian dalam mengambil keputusan dengan berfikir.” (Mau’idhatul Mu’minin)

*sunnahituluarbiasahebat*

Tuesday, December 18, 2012

Kalau takut tak faham?

Kita akan takut apa yang kita tak faham.

Tak faham Add Math, kita takut jawab peperiksaan.
Tak faham agama, takut pada agama.
Tak faham diri sendiri, takut pada bayang-bayang sendiri.
Tak faham kereta, takut nak bawa kereta.
Tak faham politik, takut pada politik.
Tak faham orang lain, takut untuk bersosial.
Tak faham hantu, takut pada hantu.

Paranoid. Kerana itu, segalanya mungkin apabila kita faham. Untuk faham, memerlukan fokus. Untuk fokus, perlua ada rasa ingin tahu.

Monday, December 17, 2012

Mencatat atau mencacat nota kuliah?

Saya seorang yang suka menulis dan mencatat semasa mendengar penerangan atau kuliah. Kerana itu akan membuatkan saya tidak mengantuk dan terus fokus selain membantu pemahaman dan ingatan saya.

Ada juga orang yang berpandangan, tangan seharusnya dibiarkan berehat dan berikan 100% tumpuan pada penyampai semasa di dalam kelas. Mereka mencadangkan nota hanya ditulis selepas tamat kelas. Ini juga menarik dan membantu hafalan dan pemahaman seseorang.

----------------------------------
Siapa dan bagaimana pun cara anda, anda lebih kenal diri anda. Tetapi kita tidak layak langsung menyalah dan mengkritik cara orang lain. (selagi tidak langgar syara').

♥ Raikan perbezaan.

Sunday, December 16, 2012

Manusia cakap apa yang mereka baca.
Mereka baca apa yang mereka ingin tahu.

Kan?

Ramai pelajar sekolah tak suka subjek sejarah, tapi mereka tetap membacanya kerana mereka ingin tahu. Betulkan? Tak kira lah mereka baca untuk jawab peperiksaan semata-mata atau untuk dapatkan ilmu, tapi ia tetap menjadikan mereka pembaca buku sejarah kerana ingin tahu kontennya.

Ramai sahabat saya yang tak yakin untuk bercakap dihadapan khalayak apabila mereka tidak tahu tajuk yang diberi. Tetapi apabila mereka tahu mengenainya atau pernah terbaca mengenainya, mereka menjadi yakin untuk berbicara.

-------------------------------------------------
Membaca tidak menjadikan kita tahu segalanya. Sekurang-kurangnya, kita tahu sesuatu. *tanpamembacacacatlahminda*

Saturday, December 15, 2012

Tabiat Baik VS Tabiat Buruk

Sambil menjamah nasi dagang berlauk ayam, sepasang suami isteri berbicara mengenai anak saudara mereka yang berumur sedozen tahun.

"Makin teruk saya tengok pangai si Dina tu", kata Jiman memulakan bicara sambil mengaul menyekatakan kuah ke nasi.

"Tu la. Saya tak tau la nak cakap apa. Mak bapak dia pun tak tau nak buat macam mana dah. Dah pandai mencarut pulak sekarang ni"

"Saya tak salahkan mak ayah dia, sebab diorang dah buat yang terbaik untuk dak Dina tu."

"Bukan nak cari salah, tapi kita nak cari punca. Nak cerita masalah, sampai ke sudah pun tak settle"

"Puncanya macam biasa la, kawan-kawan"

"Kan? Sebab pangai dia jadi macam tu lepas pindah ke sekolah baru"

"Sekarang ni, kalau kita jaga sebaiknya pun anak kita, tapi kalau society teruk, anak akan terikut jugak"

"Maksudnya kita kena ada usaha islahkan masyarakat la jugak? Em. Tak relevan la kalau nak hidup sendiri-sendiri kat dunia ni."

Sambil berbalas suapan, perbincangan mengenai perancangan keluarga mereka berlangsung. Penuh dengan harapan. Kadang kala bunyinya macam retorik. Kehidupan perlu diteruskan.

--------------------------------------------

Tabiat baik sukar dibentuk tetapi mudah diterima. Tabiat buruk mudah terbentuk tetapi sukar diterima.

Tabiat yang kita miliki dan yang menguasai diri kita akan menentukan hampir semua perkara yang kita capai atau gagal capai.

Friday, December 14, 2012



Hanya dengan mata hati seseorang itu melihat dengan sewajarnya kerana apa sahaja yang mustahak tidak terlihat dengan mata kasar. Betulkan?

Lihat pasangan dengan mata hati, pasti cantik selalu.
Lihat masalah dengan mata hati, pasti tenang sentiasa.
Lihat apa sahaja dengan mata hati, pasti bahagia sahaja.

Kerana itu banyak sekali motivasi yang membicarakan kaedah merawat hati. Kerana memang benar, hati menentukan bagaimana kita bertindak. Hanya dengan merawat hati kita mampu merawat manusia dan dunia.

Thursday, December 13, 2012

Allah lebih dekat dari urat saraf kita sendiri.

Kentang Telur Kopi

Seperti seorang kanak-kanak kecil, berselang dengan tangisan, Mia mengadu mengenai tekanan hidupnya kepada Pak Jiman.

“Saya dah ‘fedup’ pak! Banyak sangat masalah dan ujian yang menimpa saya. Terlalu banyak perkara-perkara yang begitu sukar untuk saya hadapi. Saya tidak tahu bagaimana lagi untuk dibuat. Saya mahu berputus asa sahaja dan lari dari semua masalah ni. Saya sudah bosan bergelut. Belum sempat selesai satu masalah, masalah lain pula timbul.”

Ayahnya, Pak Jiman, yang merupakan seorang tukang masak, nampak tenang mendengar. Seperti seekor itik yang sedang berenang, tenang di muka, kalang kabut di kaki, kepalanya selirat mencari jalan menenangkan anaknya. Pak Jiman terus membawa Mia ke dapur. (Eh? Nak bancuh nescafe macam dalam iklan tu ke?)

Dia mengisi tiga periuk dengan air dan meletakkannya di atas api dapur. Beberapa minit kemudian, ketiga-tiga air itu mendidih. Dalam satu periuk, dia letakkan sebiji kentang, di periuk ke-dua dia meletakkan telur, dan periuk yang terakhir dia letakkan biji kopi. Dia membiarkan ketiga-tiga bahan direbus, tanpa berkata apa.

Mia pelik dan tertanya-tanya apa yang sedang ayahnya lakukan. (Ayah nak masak bubur lambok ke?).

Dalam kira-kira lima belas minit, api dimatikan. Pak Jiman mengalih kentang, telur dan kopi ke dalam mangkuk. Kemudian diletakkan atas meja makan, di hadapan anak perempuannya.

"Apa yang kamu nampak?"

"Kentang, telur, dan kopi," jawab Mia.

Pak Jiman minta Mia pegang kentang.

“Lembut”

Dia kemudian meminta Mia untuk mengambil telur dan memecahkannya. Selepas dikupas, dia memerhatikan telur itu sudah menjadi telur rebus.

Akhirnya, dia meminta Mia untuk menghirup kopi. Dia tersenyum kerana dia merasai aroma kopi yang kaya. Mengingatkannya pada iklan Kopi Amal.

Mia bertanya, "What’s your point pak?"

“Mia sayang, ketiga-tiga bahan tadi telah diletakkan dengan masalah dan keadaan yang sama, tetapi mereka hasilkan reaksi yang berbeza.”

Mia terangguk-angguk mendengar.

“Kentang kuat dan keras. Tetapi selepas diletakkan dalam air mendidih, ia menjadi lembut dan menjadi lembik. Telur sifatnya rapuh. Cecair dalamnya cuma dilapisi dengan kulit yang nipis. Tetapi selepas diletak dalam air mendidih, cecair dalamnya menjadi keras. Bagaimanapun, biji kopi berbeza, ia unik. Selepas ia berada dalam air mendidih, ia telah mengubah air.”

"Mia rasa Mia yang mana satu?", dia bertanya kepada anak perempuannya.

----------------------------------------------------------------------------

Apabila kesusahan mengetuk pintu anda, bagaimana anda bertindak balas? Adakah anda kentang, telur atau biji kopi? You choose!

- Zaim Zin (One Heart)

Wednesday, December 12, 2012

Benar Sentiasa Menang

Sambil hirup Kopi Amal di Warung Pak Jiman, dan di saksikan seekor cicak kubing, kedengaran jelas perbualan dua orang anak muda ini.

“Ko perasan tak, kenapa ek orang kafir lebih banyak menjadi juara sukan, akademik, pertandingan, dan segala yang cool? Perang pun sekarang ni nampak sangat jurang perbezaan kekuatan Muslim dan Kafir. Padahal mereka bukan Islam. Bukan ke yang benar akan sentiasa menang?”, soalan diaju Zai sambil mencicip kopi.

“Eh. Orang Islam pun ada juga yang menjadi juara dalam bidang-bidang cool tu”

“Meme la, tapi tak ramai. Ko tengok je la kat kampung kita ni, orang kita memang juara, tapi juara maksiat, juara masalah sosial, juara rempit, juara dosa dan segala macam pakej maksiat yang lain.”

“Kafir menang sebab orang Kafir tu benar”, pendek jawapan Danny, macam menyampah.

Ah. Sudah. Sesat ke budak ni? Sejak sekolah rendah ustaz cakap Islam je agama yang benar.

“Apa maksud ko diorang tu benar?”, kopi di tangan kini berpindah ke atas meja. Keadaan bertukar sedikit serius.

“Orang kafir itu sifatnya sangat jelas dalam Al-Quran. Contohnya dalam ayat 90,105,109,120 surah Al-Baqarah , sifat mereka tidak suka, dengki, iri hati terhadap orang-orang Islam”

“So?”

“Sifat mereka sekarang sama tak macam sifat mereka yang Allah nyatakan dalam Al-Quran?”

“Sama”, jawapan yang mudah.

“Ok, kau tengok pula pangai orang Islam sekarang dengan pangai orang Islam dalam Al-Quran. Sama tak?”

“Ada la jugak yang sama, tapi kebanyakannya, totally different. Beze giller.”

“So, mana satu sifat yang benar. Maksud aku yang sama macam Al-Quran bagitau?”

“Yahudi la”

“Itu maksud aku. Maka ayat ‘benar sentiasa menang’ tu tak salah”

“Maksudnya, orang Islam hanya akan menang kalau kita jadi sebijik macam orang Islam dalam Al-Quran? Macam sahabat nabi? Macam nabi?”

“Masa akan menentukan. Masa itu akan tetap tiba, itu janji tuhan, cuma soalan aku, apa yang kita sendiri dah buat sekarang ni sebagai persediaan sebelum tiba saat tu.”

Suasana senyap, Zai termenung jauh. Antara hadam dan terasa.

Clup!

“Weh! Kopi ko masuk cicak!”
“Astaghfirullah al azimmm! Nate punyo cicak. Huk aloh!”

- Zaim Zin (One Heart)