"Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China!"Kenapa pesan sampai China? Padahal Islam tak sampai lagi ke China masa itu? Kenapa bukan tuntutlah ilmu sampai ke Mesir?Kerana ilmu itu luas. Ilmu bukan hanya dalam agama. Cumanya, agama itu di dalamnya penuh dengan ilmu. Agama menjadi asas kepada semua ilmu. Tanpanya, ilmu tak berguna dan mungkin disalah guna.Nak belajar dari Cina? dari Amerikan? dari Israel? If you think it is good and not prohibited, just go get it. Islam bukan mengongkong, ia berfungsi untuk mengawal.
Ilmu bukan milik manusia, ia milik Allah. Maka, minta saja lah pada Allah.
-------------------------------------------------
Inspirasi dari adik-adik comel ku yang pernah mengaji di 'Pondok' SRJK(C) Paroi, Ustazah Insyirah Zin dan Ustazah Zawani Zin.
Bismillah. Apabila kita nampak ada orang yang susah, miskin ataupun sakit, apabila kita membantu meringgankan urusan mereka, kita sebenarnya membantu diri kita.Jangan pandang mereka yang memerlukan bantuan, kita yang sebenarnya membantu diri sendiri. Kerana apabila membantu orang lain, kita membantu diri kita supaya menjadi insan yang lebih baik agar Allah mengasihani kita semasa di dunia, di alam kubur dan di Terminal Mashyar nanti.Kalau kita tidak bantu mereka, ada orang lain bantu mereka, cuma kita ketandusan pahala yang sangat berharga untuk perjalanan di alam seterusnya.Apabila kita beri bantuan kepada orang lain, kita sebenarnya membantu diri kita sendiri.
-Tuan Shamsudin Kadir
----------------------------------------------
Kadang kala, kita dapat rasai kepuasan apabila kita bantu orang lainkan?Hati- hati kerana takut-takut itu bukan kepuasan sebenar. Riak, ujub dan bangga diri itu mudah sekali menjelma, hakikatnya kita perlu sedar, siapa je kita ni untuk hulur bantuan tu? Nak makan pun kita masih bergantung pada hasil usaha petani, peladang atau nelayan. Nak bernafas pun bergantung pada Allah.
Maka, bagi mengelakkan ia berlaku, kita cuma perlu sedar diri dan memberi definisi yang segar dalam usaha memberi tersebut.
2 hari berada di Kelantan, sempat menziarahi beberapa kenalan keluarga. Ada yang sudah berbelas tahun menghidap Alzheimer, ada pensyarah KIAS yang baru 2 minggu strok, ada yang sudah 3 tahun strok.Melihat mereka sangat menginsafkan saya. Tiada apa yang mampu kita kawal hatta tubuh badan sendiri. Nak taip status facebook pun dengan izin Allah. Kalau Allah tak izinkan, apa yang kita ada?Bak kata Iwan Syahman, "Semua ini Allah punya". Menulis, makan, berbicara, mendengar, baca status ini, bahkan berkelip sekalipun semua kawalan Allah.
Op! Nanti dulu. Rasa tidak berdaya dan kerdil sebagai manusia ini bukan untuk melemahkan kita dan pasrah dengan segalanya. Tapi untuk lahirkan rasa kebergantungan kita pada Tuhan. Nak kata kat sini, setiap yang kita buat, semuanya nikmat dan teguran dari Allah. Tiada satu pun yang sia-sia. Terima kasih Allah..
Mereka yang suka bertangguh kerja kebiasannya merupakan seorang yang suka pada kejutan.Mereka berharap akan berlaku kejutan atau keajaiban pada minit-minit terakhir. Betulkan?Kalau assignment tak siap, dia akan berharap supaya tarikh akhir akan ditunda.Kalau kerja tak siap, dia akan berharap ada orang lain tolong siapkan.Kalau datang lambat, dia akan berharap orang lain juga lambat.Seribu satu kejutan lagi diharapkan.
Hakikatnya, kejutan tak semuanya menyenangkan. Sering kali kejutannya ialah tiada kejutan. Haha. Akhirnya berakhir dengan kekecewaan dan penyesalan.
--------------------------------------
Untuk lebih banyak tip kerja efisen dan produktif, jangan lupa sertai Seminar Produktif Muslim Januari 2013 ini. ;-)
Antara resolusi usrah awal famili One Heart Creative Solution dahulu, salah satunya ialah semua diharuskan untuk mengerjakan solat sunat rawatib, dhuha dan witir.Terus terang, atas kelemahan iman ini, ia mudah dilakukan apabila ada orang lain yang melihat. Bila solat sendirian, terasa seperti tidak cukup masa dan malas untuk rawatib. Ini salah satu masalah hati, berasa bangga apabila orang nampak diri sedang beramal. Terlupa yakin pada 'CCTV' tuhan. Macam 'familiar' je kan kes macam ni?
Semasa buka lembaran sunnah nabi, terbaca hadith ini; "Solat sunat yang dilakukan seorang lelaki dengan tidak dilihat oleh orang lain, pahalanya sama dengan 25 kali solatnya di hadapan orang lain. (Riwayat Abu Yaala dan disahihkan oleh Al-Albani)"
---------------------------------------------------
Faedah anjuran solat sunat di rumah:
1. Untuk capai kesempurnaan khusyuk, ikhlas dan jauhi riak.
2. Sebab untuk rahmat turun dalam rumah (dan keluarnya syaitan).
3. Lipatganda pahala.
*Semoga Allah ampuni kita dan melipatgandakan tahu, mahu dan laku kita pada Islam.
Saya yakin semua orang akan setuju dengan ayat ini, "Hidup kita hanya akan jadi lebih baik apabila diri kita menjadi lebih baik".Hidup kita akan jadi sangat bosan, letih, tidak bersemangat dan penuh dengan masalah apabila tertinggal solat Subuh, melawan mak ayah, bergaduh dengan 'roomate', menipu, atau apa sahaja contoh lain yang berkenaan. Betulkan?Ini kerana kita lazimnya akan menzahirkan apa yang ada dalam naluri kita. Kesimpulannya, kita baik, hidup pun akan baik, dan sebaliknya.---------------------------------------------------------------------Kalau tak ada rasa bersalah lepas buat salah, tanda diri dan hati bermasalah.
Semakin menjiwai ayat yang menjadi salah satu moto hidup saya, "Sebelum dakwah orang, dakwah diri sendiri dahulu!"Hidup ini memberi bukan hanya pada orang lain, ia bermula dengan memberi pada diri sendiri dahulu. Beri peluang dan masa untuk diri menjadi manusia. =)
Tidak akan kecewa orang yang istikharah.
Cinta dan kasih sayang bukan dari manusia, tapi dari Allah.Kasih sayang ibubapa datang dari Allah.Cinta pada pasangan juga datang dari Allah.Kalau 'kantoi' jaga hubungan dengan Allah, dengan manusia konfirm 'kantoi' jugak. Hebat macam mana kita rancang hidup, tetap tak dapat kalau Allah tak beri.
Ayat bacaan untuk sahabat-sahabat yang masih mencari jodoh:Surah Yusuf (ayat 4)Surah Anbia (ayat 89)Surah Al Qasas (ayat 24)Surah Yunus (ayat 81)- Manisnya kurma ini.