Monday, March 7, 2011

Adakah nilai kita lebih dari RM15.00 atau jauh lebih murah?

Ada tiga tin 100Plus dihasilkan dari satu kilang yang sama. Mereka diletakkan di tiga bakul yang berbeza.

Bila sudah sampai masanya, ketiga-tiga tin 100Plus dinaikkan ke dalam lori yang sama dan dihantar ke destinasi masing-masing mengikut pesanan.

Tin yang pertama diturunkan di minimarket biasa dan dipamerkan di rak bersama tin 100Plus yang lain dan diletak harga RM1.50.

Tin yang kedua diturunkan di sebuah pasaraya besar ternama dan di masukkan ke dalam peti sejuk dan diletakkan harga RM2.00.

Tin yang ketiga dihantar ke sebuah hotel bertaraf lima bintang yang sangat mewah.Tin 100Plus ini ditempatkan di dalam rak atau dalam peti sejuk.

Tin ini cuma akan dikeluarkan apabila ada pesanan dari pelanggan.

Dan jika ada pelanggan yang memesan 100Plus,air dari tin ini dimasukkan ke dalam gelas kristal dan dicampurkan dengan ketul-ketulan ais. Ia disediakan dengan cermat dan berhati-hati dan disajikan kepada pelanggan dengan sopan.

Harganya ialah RM15.00

Persoalannya sekarang ialah mengapa air tin 100Plus ini memiliki harga yang berbeza sedangkan mereka dihasilkan dari kilang yang sama dan dihantar dengan lori yang sama malah ketiga-tiganya mempunyai rasa yang sama?

Persekitaran Mencerminkan Harga Anda!

Apabila anda berada di persekitaran yang boleh mengeluarkan terbaik dari diri anda,maka anda akan jadi cemerlang.

Tapi jika anda berada di persekitaran yang meng’kecil’kan diri anda, maka anda akan jadi ‘kecil’.

Orang yang sama,bakat yang sama,kemampuan yang sama + persekitaran yang berbeza = NILAI YANG BERBEZA.

Bagaimana dengan diri kita selama ini? Di mana kita berada? Tepuk dada tanya iman.

Apa pun apa yang paling utama ialah rezeki adalah ketentuan Qada dan Qadar Allah Taala, oleh itu berusahalah menjadi yang terbaik disamping pasrah dan memohon kepada Allah Taala.

Dan perbezaan tinggi nilai kita di sisiNYA sebenarnya ialah taqwa kita.

Wallahualam.



Suntingan sumber Link

Saturday, March 5, 2011

Pandang hitam tak semestinya hitam, boleh jadi disebaliknya ada putih yang dilitupi hitam.

Meon dan isterinya baru berpindah ke sebuah rumah baru. Esok pagi ketika sedang breakfast, isteri Meon melihat jiran barunya sedang menjemur pakaian di halaman.

“Eh, jiran sebelah tu basuh baju pun masih kotor lagi…” katanya “mesti jiran kita tu tak tahu cara membasuh baju yang betul, sepatutnya dia hantar dobi jer atau kalau perlu ganti sabun basuh yang lain..” sambungnya.

Meon mendengar ngomelan isterinya, tapi dia diam saja. Setiap kali jirannya mencuci dan menjemur pakaiannya, isteri Meon memberi komen yang sama.

Sebulan kemudian, tiba-tiba isteri Meon teruja kerana melihat baju yang disidai jiran sebelahnya sangat sangat bersih sekali. Dia memanggil Meon “Tengok bang!, dia dah pandai basuh baju dengan betul! Siapa lah yang dah mengajarnya?”

Meon menjawab “kebetulan hari ini abang bangun pagi dan membersihkan kaca tingkap rumah kita la sayang…”

Nilai: Bersihkan sudut pandang kita untuk mengelakkan dosa besar seperti bersangka buruk, menfitnah dan mengumpat. Sudut pandang yang bersih datang dari hati yang bersih. Semua itu memerlukan ilmu.


Friday, March 4, 2011


Pemandu “hemat” harus memastikan keretanya ada:

i) Tayar ganti atau “spare”.

ii) Tayar ganti ada angin.

iii) Jack.

iv) Pembuka nut atau tayar.

Keempat-empat items di atas penting. Tp, yg plg pnting item yg p'tama (i). Tanpa keempat-empat items ni..proses pnukarn tayar tidak dpt dilakukn.

Usaha menukar tayar bocor di jalan-jalan biasa, di pekan, ke arah kampung mahupun sepanjang “highway”, adalah suatu tindakan bahaya sekali. Demi mengurangkan bahaya, kereta anda harusnya mempunyai alat segi tiga kecemasan atau “kon”.

Kecuali pemandu-pemandu komersial seperti van, bas, lori, serta treler, perkara di atas itu wajib ada. Kenderaan peribadi, kesemuanya tidak ada alat kecemasan atau kon. Sebenarnya, alat-alat ini amat penting bagi mencegah kemalangan.

Sekiranya anda menyedari salah satu daripada tayar anda mengalami kebocoran, kurangkan had laju dan jangan panik.


Langkah-langkah yang dicadangkan:

1) Serta-merta memasang lampu kecemasan.

2) Sekiranya trafik padat, boleh memasang lampu depan / belakang kereta anda.

3) Cari bahu jalan yang rata.

Kemudian, segera letakkan alat kecemasan atau kon lebih kurang 20 – 30 meter di belakang kenderaan anda.

Kesemua penumpang dinasihatkan keluar kereta (kalau tidak, maka jenuhla nk jack keta 2)


Seterusnya:

1) Keluarkan tayar ganti.

2) Keluarkan “jack”.

3) Alat skrew driver.

4) Pembuka nut atau tayar.


Kemudian, tarik “brek tangan" dan masukkan salah satu gear. Apa-apa gear pun boleh, insyaAllah.

Sekiranya hendak membuka kedua-dua “booth” dan “bonnet”, elok juga. Ini akan menarik perhatian pemandu lain kepada kecemasan anda!

Kemudian, buka “wheel cover” (rim) tayar terlebih dulu dengan skrew driver.

Seterusnya, buka nut-nut tayar bocor.

Cari tempat keras atau kuat di badan kereta bagi meletakkan “jack” dan jack kereta anda sehingga anda boleh mengeluarkan tayar anda. Dan p'lu diingat, naikkan tayar bocor sehingga melepasi paras tanah bg mmudahkn kerja, insyaAllah.

Setelah itu gantikan tayar yg bocor dgn tayar yg baharu (tayar spare), then ketatkan nut-nut tayar dengan sederhana sahaja.

Proses seterusnya ialah menurunkan kenderaan. Setelah itu, ketatkan keempat-empat nut tayar td. Ini penting bg mengelakkan nut-nut tayar daripada terjatuh keluar.

Bagi mengakhiri langkah-langkah pernukaran tayar itu, turunkanlah kenderaan dengan perlahan. Akhir sekali, letakkan jack, alat pembuka tayar, skrew driver, tayar bocor ke dalam booth dengan selamat (pendek kata, simpn balik brg2 d tmpt yg b'kenaan).

Seterusnya, padam lampu kecemasan kenderaan, sebelum mneruskan p'jalanan (oPps, jgn lupe freekn gear dl ye dan...jgn lupe tmpl smula tayar yg bocor 2).


Langkah2 Tukar Tayar (diambil dr laman ni: sumber, dan diedit b'dsrkn pgtahuan pnulis)

Tuesday, March 1, 2011

Sedarkah anda pasangan kita banyak berkorban dan berbohong demi kebahagiaan rumahtangga.

Kisah kemanisan hubungan dalam kemasinan kopi.

Seorang pemuda bertemu dengan seorang gadis di sebuah keraian, gadis itu tampil dengan cantik yang luar biasa.Ramai lelaki yang mencuba mengurat gadis tersebut. Pemuda itu yang sebenarnya penampilannya biasa sahaja dan tidak ada gadis yang memerhatikan dia.

Tetapi semasa keraian tersebut habis,dia memberanikan diri mengajak gadis cantik itu untuk keluar minum. Gadis cantik tersebut agak terkejut dengan pelawaan itu, tapi kerana kesopanan pemuda itu, gadis itu sanggup menerima pelawaan pemuda tersebut.

Akhirnya mereka duduk di sebuah restoran, tapi pemuda tadi sangat gugup untuk berkata apa-apa dan gadis cantik tersebut mula merasa tidak selesa dan bosan dan berkata, “Jom, kita balik..”

Tiba-tiba pemuda tadi meminta sesuatu pada pelayan,

“Boleh minta garam buat kopi saya?”

Semua orang yang mendengar memandang dengan penuh tanda tanya kepada pemuda tersebut.Muka pemuda tadi berubah menjadi merah, tapi tetap saja dia memasukkan garam tersebut ke dalam kopinya dan meminumnya.

Gadis cantik tersebut lalu bertanya, “Kenapa awak mempunyai hobi seperti ini?”

Pemuda itu menjawab, “Ketika saya kecil, saya tinggal di daerah pantai dekat dengan laut, saya suka bermain di laut, saya dapat merasakan rasa air laut, masin dan sedikit menggigit, sama seperti kopi masin ini.

Dan setiap saya minum kopi masin, saya selalu ingat masa kecil saya, ingat kampung halaman, saya sangat rindu kampung halaman saya, saya rindu kepada orang tua saya yang masih tinggal di sana.”

Begitu berkata kalimat terakhir, mata pemuda tersebut mula berkaca-kaca, dan gadis cantik sangat tersentuh akan perasaan tulus dari ucapan pemuda di hadapannya itu.

Gadis tersebut berfikir apbila seorang pemuda dapat bercerita bahawa ia rindu kampung halamannya, pasti pemuda itu mencintai rumahnya, ambil berat akan rumahnya dan mempunyai tanggung jawab terhadap rumahnya.

Kemudian gadis tersebut mula bercerita juga tentang kampung halamannya yang jauh, masa kecilnya, dan keluarganya.

Suasana yang kaku tadi terus berubah menjadi sebuah perbincangan yang hangat yang akhirnya menjadi sebuah awal perkenalan yang indah dalam cerita mereka berdua.

Mereka akhirnya bercinta. Gadis cantik itu akhirnya merasakan bahawa pemuda itu walaupun tidak mempunyai perawakan yang tampan tetapi adalah seorang lelaki yang dapat memenuhi segala permintaannya, dia sangat mengambil berat, berhati baik, hangat… betul-betul seseorang yang sangat baik tapi gadis tersebut hampir saja kehilangan seorang lelaki seperti itu!

Nasib baik ada kopi masin!

Kemudian cerita berlanjutan seperti cerita cinta yang romantik. Puteri menikah dengan pemuda tersebut dan mereka hidup bahagia selamanya, dan setiap malam gadis cantik yang telah menjadi isteri pemuda itu membuat kopi untuk suaminya, ia meletakkan garam di dalamnya, kerana dia tahu bahawa itulah yang disukai oleh suaminya.

Setelah 40 tahun, lelaki tersebut meninggal dunia, dia meninggalkan sebuah surat yang tertulis,

“Sayangku yang tercinta, mohon maafkan saya, maafkan kalau seumur hidupku adalah bohong belaka. Hanya sebuah kebohongan yang aku katakan padamu … tentang kopi masin.

Ingat sewaktu kita pertama kali jalan bersama? Saya sangat gugup waktu itu, sebenarnya saya ingin minta gula tapi terminta garam. Sukar sekali bagi saya untuk menerangkan kepada kamu kerana kamu pasti akan merasa tertipu dan meninggalkan saya, jadi saya terus berbohong.

Saya tak pernah terfikir bahawa perkara itu ternyata menjadi awal komunikasi kita! Saya mencuba untuk berkata jujur selama ini, tapi saya terlalu takut melakukannya, kerana saya telah berjanji untuk tidak membohongimu untuk satu perkara pun.

Sekarang saya sudah lemah, saya tidak takut apa-apa lagi jadi saya katakan padamu yang sejujurnya, saya tidak suka kopi masin, betul-betul aneh dan rasanya tidak sedap.

Tapi saya selalu mendapat kopi masin seumur hidupku sejak bertemu denganmu, dan saya tidak pernah sekalipun menyesal untuk segala sesuatu yang saya lakukan untukmu.

Memilikimu adalah kebahagiaan terbesar dalam seluruh hidupku. Jika saya dapat hidup untuk kedua kali, saya tetap ingin bertemu kamu lagi dan memilikimu seumur hidupku, meskipun saya harus meminum kopi masin itu lagi.”

Air mata wanita tersebut jatuh berderai sehingga membuat surat itu menjadi basah.
Kemudian apabila ada seseorang yang bertanya padanya, apa rasanya minum kopi guna garam?

Wanita itu pasti menjawab, “Rasanya manis.”

Kadangkala anda merasa anda mengenal seseorang lebih baik dari orang lain, tapi tidak sedar bahawa pendapat anda tentang seseorang itu bukan seperti yang anda gambarkan. Sama seperti kejadian kopi masin tadi.

::Sumber dari link.