Sunday, September 21, 2008

::Need is the mother of invention::

Semasa belajar subjek sejarah masa zaman sekolah dulu, ini lah subjek yang paling senang nak skor dan mudah nak dapat A bagi saya. Tapi terasa rugi sekali sebab kita terlalu mengagung2kan barat sehinggakan akibatnya 'memakan' anak bangsa generasi baru sendiri.

Buka mata, buka minda, kenali diri! Fikir-fikirkan dan selamat beramal!


Penemu Mesin wap Adalah James Watt. Berasal dari Negara Inggeris
Penemu Mesin 4 tak Adalah Nicolaus Otto. Berasal dari Negara Jerman
Penemu Mesin diesel Adalah Rudolf Diesel. Berasal dari Negara Jerman
Penemu Mesin cetak Adalah Johannes Guttenberg. Berasal dari Negara Jerman
Penemu Mesin taip Adalah Christopher Sholes. Berasal dari Negara Amerika
Penemu Radio Adalah C. Marconi Berasal dari Negara Itali
Penemu Televisyen Adalah J.L. Baird & C.F. Jenkins Berasal dari Negara Amerika
Penemu Telegraf Adalah Samuel F.B. Morse Berasal dari Negara Amerika
Penemu Telefon (Versi Lama) Adalah Alexander Graham Bell Berasal dari Negara Amerika Syarikat
Penemu Telefon (Versi Baru) Adalah Antonio Meucci Berasal dari Negara Itali
Penemu Dinamo Adalah Michael Faraday Berasal dari Negara Inggeris
Penemu Elektromagnet Adalah Williarn Sturgeon Berasal dari Negara Inggeris
Penemu lampu Adalah Thomas Alva Edison Berasal dari Negara Amerika
Penemu Projektor film Adalah Thomas Alva Edison Berasal dari Negara Amerika
Penemu Piring hitam Adalah Alexander Graham Bell Berasal dari Negara Amerika
Penemu Batu bateri Adalah Volta Berasal dari Negara Itali
Penemu Termometer Adalah Galileo Galilei Berasal dari Negara Itali
Penemu Korek api Adalah Robert Boyle, John Walker Berasal dari Negara
Penemu Kapal api Adalah Robert Fulton Berasal dari Negara Amerika
Penemu Kapal selam Adalah Cornelius van Drebbel Berasal dari Negara Belanda
Penemu Sinar Rontgen Adalah Wilhelm Conrad Rontgen Berasal dari Negara Jerman
Penemu Stetoskop Adalah Rene Laennec Berasal dari Negara
Penemu Lensa Adalah Anthony Van Leuwenhook Berasal dari Negara Belanda
Penemu Mikroskop Adalah Zacharias Janssen Berasal dari Negara
Penemu Teleskop Adalah H. Lippershey Berasal dari Negara
Penemu Kamera Adalah Louis Jacques Monde da Guerre & Edwin Land Berasal dari Negara Amerika
Penemu Pesawat terbang Adalah Wilbur dan 0. Wright Berasal dari Negara Amerika
Penemu Kereta api Adalah Murdocks Berasal dari Negara Inggeris
Penemu Balon terbang Adalah Sir F. Whittle Berasal dari Negara
Penemu Barometer Adalah Evangelista, Torricelli Berasal dari Negara Itali
Penemu Dinamit Adalah Alfred Nobel Berasal dari Negara Sweden
Penemu Lensa kaca mata Adalah Benyamin Franklin Berasal dari Negara
Penemu Calculator Adalah Blaise Pascal Berasal dari Negara Perancis
Penemu kereta Adalah Gottlich Daimler Berasal dari Negara
Penemu Motor Adalah Nikola Tesla Berasal dari Negara
Penemu Tank Adalah Sir Ernest Swinton Berasal dari Negara Inggeris
Penemu Traktor Adalah Benyamin Holt Berasal dari Negara
Penemu Tangga jalan Adalah Elis G. Otis Berasal dari Negara
Penemu Kawat pijar Adalah Irving Langmuir Berasal dari Negara


Semua ilmu ini sebenarnya kebanyakannya ada yg diasaskan oleh saintis Islam, bahkan hampir semuanya ada di pandu dalam Al-Quran, tapi barat pandai bermain politik hina dengan me'war-war'kan invention tersebut berasal dari mereka... Cuba rujuk sejarah penaklukan Baghdad yg mengakibatkan kesemua ilmu yg dibukukan terkubur tak terkesan...

Allah menarik nikmat ilmu dari manusia dengan mematikan para Ulama' dan Umara'.. Jangan lah kita takbur di bumi tuhan ini..

Kita hanyalah perantau yg dhaif dan tak punya apa2...

Friday, September 19, 2008

:: Satu rasa ::

aku rasa
hidup manusia jadi sangat tak best
bila kena jadi seseorang dalam komuniti

kau perlu jadi bangku ukuran
benchmark contoh
satu qudwah
perlu berdiri pada satu exemplary level

kau perlu doktrinkan manusia sekeliling
dengan segala ilmu yang kau miliki
dan menginstitusikan mereka dengan ideologi dan idealisme kau
supaya mereka tak jadi macam apa yang kau tahu tak patut jadi
dan saat sama juga kau tahu yang kau dah jadi macam apa yang kau tahu tak patut jadi

saat kau kena jadi seseorang itu yang kau perlu buat
aku tak tahu kau macam mana
tapi aku memang tak suka begitu

tapi aku dan kau memang tahu
yang bila ia patut jadi begitu
maka ia akan jadi begitu

dan kau dan aku tahu
kalau aku dan kau perlu jadi begitu
maknanya aku dan kau memang dicipta untuk jadi begitu
tapi aku memang tak suka begitu

Thursday, September 18, 2008

BLOG DILEMMA?

Ramai generasi muda berminat nak buat blog. Bila blog telah dibina, ianya jarang dikemaskini dan dibiarkan bersawang. Bila ditanya, mengapa...jawapan lazimnya "Tiada masa".

Ramai generasi muda dah ada blog. Bila blog dah ada, tak tau nak tulis apa pulak. Bila ditanya, mengapa...jawabnya xde idea la bang.

Ramai generasi muda yang dah ada blog, banyak idea tapi tak yakin untuk menulis atau tidak...takut. Bila ditanya mengapa...jawabnya "Ada ke orang nak baca bang?". Nak promote blog pun satu dlema kan?

Ramai generasi muda yang ada blog, tapi tak ada pembaca. Isinya bagus tapi tak popular. "What a waste of time" katanya.

Ramai generasi muda yang ada blog yang popular tapi isinya....merepek...Bila ditanya mengapa? jawabnya "Just for fun and to entertain my friends"

Ramai generasi muda yang ada blog, tapi takut nak tulis pendapat mereka.

Ramai generasi muda yang TIADA blog, tapi suka nak baca blog orang jer. Tak suka nak menulis, tapi banyak idea.

Monday, September 15, 2008

KEPEMIMPINAN ISLAM YANG DISELEWENG BARAT

Sebagai seorang pelajar Universiti, ditambah lagi selaku warganegara Malaysia yang sangat mementingkan pembangunan modal insan, kita sering ditegukkan dengan skil-skil kepimpinan yang pelbagai. Teori2 barat sering digunapakai untuk menerangkan konsep kepimpinan.

Saya teringat kata2 lecturer saya dua hari lepas, "leadership adalah subjek yg sangat mendalam untuk dikaji dan student sepatutnya hadam dengan teori2 ni (merujuk pd teori2 barat yg diguna pakai) krn lecturer sendiri sehingga ke hari ini masih terus mengkaji berkenaan topik ni"...

wah.teori2 barat ni dah la banyak,merapu2 pulak tu.Ada teori yang bercanggahan dengan hukum alam dan dah lapuk pun terpaksa dipelajari? Saya bukan menolak 100% leadership skill yg di'practise' barat.Saya akui ada teori2 yg sangat berguna dan relevan,tapi adakah semuanya terbaik sampaikan ada pelajar kita yg obses dengan barat (sekular)?

Persoalannya, dimana konsep kepimpinan Islam yang telah terbukti oleh sirah(sejarah)? Kenapa nak belajar teori barat SEMATA-MATA sedang kita ada evidance dalam sejarah Islam sendiri? Nak harapkan Ustaz2 je ke mengkaji sirah? Ke mana umat Islam yg mengaku moden dan profesional ni?
Saya bukan nak menyalahkan mana2 pihak, ini sekadar lontaran pandangan dari insan dhaif yg masih memerlukan tunjuk ajar... bak kata Professor Izzi, "Renung2kan dan selamat beramal!"




Prinsip Mahmoud Ahmadinejad;
"Saat anda melihat di cermin setiap pagi, apa yang anda katakan pada diri anda?"
Jawabnya: "Saya melihat orang di cermin itu dan mengatakan padanya:"Ingat, kau tak lebih dari seorang pelayan, hari di depanmu penuh dengan tanggung jawab yang berat, yaitu melayani bangsa Iran ."

Fakta menarik berkenaan Presiden Iran ni:

1. Tatkala menduduki Pejabat Presiden Iran Ia menyumbangkan seluruh permaidani Istana Iran yang sangat tinggi nilainya itu kepada masjid2 di Teheran dan menggantikannya dengan permaidani biasa yang mudah dibersihkan.
2. Bertemu dgn VIP dalam keadaan yang serba lengkap namun tanpa hamparan permaidani merah.
3. Tiada istilah kasta jawatan sepertimana yang dipopularkan oleh golongan feudalism. Islam juga anti Feudalism yang zalim.
4. Di bawah kepemimpinannya, mengajak jemaah menteri untuk akur terhadap kehidupan tawadhu'.
5. Pemimpin pertama yang mengisytiharkan harta secara umum. Antara harta tersebut terdiri dari Peugeot 504 tahun 1977, sebuah rumah sederhana warisan ayahnya 40 tahun yang lalu di sebuah daerah kumuh di Teheran. .
6. Gajinya di sebuah universiti hanya senilai US$ 250.7.Kini Presiden masih tinggal di rumahnya. Bahkan ia tidak mengambil gajinya, alasannya adalah bahwa semua kesejahteraan adalah milik negara dan ia bertugas untuk menjaganya. Aku kenal perawakannya sebagaimana aku mengenali Menteri Besar Kelantan
9.Menggunakan perkhidmatan kapal terbang kelas ekonomi. Pernah aku mendengar amalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang menggunakan kelas ekonomi.
10. Tidak autokratik apatahlagi memaksa rakyat. Hidup tanpa protokol yang ketat berbanding Presiden US.
11. Saat harus menginap di hotel, ia meminta diberikan bilik tanpa tempat tidur yg tidak terlalu besar karena ia tidak suka tidur di atas tilam, tetapi lebih suka tidur di lantai beralaskan permaidani dan selimut. Presiden Iran tidur di ruang tamu rumahnya selepas pengawal2nya pergi. Menurut koran Wifaq, foto2 yg diambil oleh adiknya tersebut, kemudian diedarkan oleh media masa di seluruh dunia, termasuk US. 12. Sepanjang sholat, anda dapat melihat bahwa beliau duduk bersama kalangan org kebanyakan. 13. Amalan menyegerakan solat dimana-mana sahaja 14. Ia juga tidak mau bersalaman dengan wanita yang bukan muhrimnya, cukup menundukan kepala sebagai rasa hormat

Ulasan:
Acapkali "ta" mampu membuatkan manusia terjerumus ke lembah kezaliman. Jarang-jarang "ta" melonjakkan insan ke tahap yang paling mulia.
  • takhta VS tauhid
  • wanita VS taqwa
  • harta VS tawadhu'



Sebahagian entri diambil dari
http://eizuddin.blogspot.com/

Sunday, August 31, 2008

Merdekakah kita?

31 hb Ogos ini, rakyat malaysia akan menyambut sambutan Hari Kemerdekaan ke-51. Namun persoalannya adakah kita benar benar "Merdeka"? Atau kita sebenarnya masih dibelenggu oleh satu sistem yang hanya menampakkan kita sebagai seorang yang merdeka di permukaan.

Adakah kemerdekaan hanya satu perayaan yang diraikan dengan mengibarkan bendera dan berarak di dataran Merdeka? Sudah tentu jawapannya tidak.

Apakah pengertian Merdeka itu sebenarnya? Ada yang memberi jawapan; Merdeka itu kita bebas dari penjajahan.

Apakah pula makna penjajahan? Adakah penjajahan itu hanya dengan hadirnya secara fizikal negara asing ke dalam sempadan negara kita?

Pada pendapat saya, jika Malaysia menafsir negara ini sebagai Negara Islam, tidak boleh dikatakan negara ini merdeka, selagi kita tidak dapat mengimplimentasi syariat Islam dalam negara kita. Sebagai sebuah negara yang sekular sekali pun, kita masih tidak merdeka kerana kebanyakan rakyat dan pemerintah, masih terikat atau terjajah minda dan idealogi.

Keputusan keputusan atau dasar dasar kerajaan masih terikat dengan idealogi idealogi penjajah. Ekonomi negara juga masih terjajah dengan negara lain.

Sebagai contoh, kejatuhan nilai dollar US boleh menggugat ekonomi negara ini.Apa juga pendapat kita tentang merdeka, marilah sama sama kita berusaha memerdekakan pemikiran kita dan seterusnya memerdekakan masyarakat disekeliling kita dan memerdekakan negara kita dalam erti kata merdeka yang sebenar.

Wednesday, July 2, 2008

::Kepentingan Ilmu Dalam Solat::

Di kampung Pinang Dua Batang ni ada 3 org remaja yg suka melepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Capek. Aktiviti seharian depa ni menyebabkan tok imam tak senang duduk.

Pada satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni lah.Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk ayun 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti.
Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ker? Takpa, nanti kami buktikan yg kami bukan jahil sangat macm tok imam cakap tu!" .

Maka bila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala...". Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali dan menyuruh Tok Bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak khusyuk jugak lagi...Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat.
Tiba-tiba je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aaa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" Lalu batallah solat Budin. Yg lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.

Tok imam pun mintak pulak si Capek jadi imam. Si Capek pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dgn wirid-wiridnye sekali. Punyelah respek tok imam tu kat si Capek niii...Lepas je solat, tok imam pun puji melambung leee si Capekni... Tapi dgn bongkaknye si Capek berkata,"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dasat arr aku semayang. He heee..."

Tok imam pun terkedu & terpana...

Tuesday, July 1, 2008

Jujur cara Pak Pandir?

Ayah Pak Pandir telah meninggal dunia. Pak Pandir baru saja mendapatkan harta warisan (wasiat) peniggalan ayahnya. Tetapi ia bingung di manakah ia perlu simpan wang tersebut. Hendak simpan di bank takut kalau-kalau banknya bangkrup. Diletak dibawah bantal, nanti diambil pencuri.

Setelah berfikir cukup lama, akhirnya ia mendapat ide, ia menanam wang itu dibelakang rumahnya, lalu memasang papan peringatan dengan tulisan yang sangat besar "TIDAK ADA WANG DISINI!". Ternyata temannya Pak Pandir yang bernama Si Luncai melihat apa yang dilakukan Pandir.

Setelah lewat tengah malam, Luncai pun menggali tanah itu untuk mengambil wang tesebut. Setelah ia mendapatkan wang itu dan supaya tidak dicurigai, maka Luncai mengganti tulisan yang ditulis Pandir dengan ayat "BUKAN LUNCAI YANG AMBIL!".

Wednesday, June 11, 2008

:: 'MAYAT' HIDUP :: Kehidupan Remaja Tanpa Matlamat

Pada 6 Jun hingga 8 Jun 08, saya telah dijemput oleh seorang rakan untuk menjadi fasilitator untuk Smart Camp 1 yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat Dun Gombak Setia. Kem selama 3 hari ini telah diadakan di Kem Rebutia. Pelaburan serendah RM10 untuk para peserta (disertakan sijil dan baju percuma) umpama pelaburan bijak ibubapa untuk anak-anak..


Saya terkesan dengan kata-kata Ustaz Manaf (Program Manager Smart Camp 1) yang menyatakan kerajaan negeri melihat pembentukan modal insan dan identiti diri pemuda dan remaja sebagai 1 asset penting dalam pembentukan sebuah negara Islam yang membangun. "...Nak bangunkan negara dengan membangunkan rakyatnya dulu.." ujar beliau lagi... Wow. Ini lah pemikiran minda pemimpin Islam. Islam itu syumul (menyeluruh). Melalui Islam, Yang Maha Esa dah buat garis panduan untuk setiap aktiviti kehidupan dunia ni. Masihkah kita tidak sedar akan kekuasaannya?


Saya tak nak ulas lanjut tentang perjalanan dan pengisian program. Kalau sahabat-sahabat nak tau tentang butiran program ni, boleh lawati blog sahabat saya di hafizbad.blogspot.com dalam entri smart-camp-1-satu-permulaan-6-8-jun-08...


Apa yang menarik saya nak kongsikan di sini ialah, secebis harapan masyarakat pada remaja2 harapan ini.


Semasa hari program,saya ada bertanya kepada beberapa anak buah berkaitan matlamat hidup dan visi hidup mereka. Jawapan yang saya terima sangat menyedihkan. They have no vision and mission on their future life. I realize this as the problem of ‘kehilangan identity diri’ on teenagers generation nowadays. Bagaimana mereka hendak memimpin kalau diri sendiri tidak terpimpin?? Beginikah belia yang menjadi harapan negara? Insafnya diri ini...


Setiap manusia perlu mempunyai matlamat hidup. Matlamat hidup kebiasaannya tertumpu kpd keinginan terhadap sesuatu perkara atau keadaan yang lebih baik,aman,tenteram,damai,harmoni,dan selesa pada masa hadapan.


Saya tertarik untuk berkongsi pendapat sahabat saya di Studions,Nazri Salleh. Beliau selalu memikirkan apakah matlamat hidupnya setiap hari. Bagi beliau, setiap hari adalah peluang dan ruang untuk kita berjaya dalam hidup pada masa depan.


Saya juga bertanya pada diri sendiri, bilakah waktu puncak kehidupan saya akan datang yang dianggap kehidupan masa depan? adakah bila saya berumur 40 tahun? 50 tahun? 70 tahun? bila? Setelah difikir dan ditimbang-timbangkan bahawasanya masa depan adalah matlamat waktu disaat kita inginkan sesuatu atau memerlukan sesuatu.


Apa yang kita perlukan bila berumur 40 tahun? rumah? keluarga? kereta? atau apa sahaja. Bila sesuatu tindakan untuk mencapai matlamat tersebut bermula dari sekarang itu baru dinamakan kehidupan masa depan. Kita selalu dengar kata-kata ‘Menabunglah dari sekarang untuk masa depan’. Bila kita jelas dengan matlamat hidup kita barulah perjalanan hidup kita lebih bermakna dan kita akan sentiasa fokus pada kerja yang kita lakukan setiap hari.


Teringat kata2 Cikgu saya, Tengku Asmadi (Motivasi Alihan Pelajar). Dengan suara yang lantang bertempatkan dewan yang crowded with students, beliau pernah menyebut, "...senaraikan matlamat anda pada kertas atau dimana sahaja supaya anda mudah melihat dan sebagai pembakar semangat pada diri untuk maju dan terus maju....". Dengan menulis matlamat anda, ia akan menjadi sesuatu yang boleh dipegang dan boleh di lihat. Anda juga tahu, dengan menulis matlamat, ia akan masuk ke dalam minda (separuh sedar) anda dan ianya akan diproses untuk mencari peluang-peluang mencapai matlamat tersebut.
Tetapi… menulisya sekali sahaja tidak mencukupi. Anda perlu menulis lagi… lagi… dan lagi. Salin kembali matlamat anda.
Menulis matlamat anda sekali sahaja memang akan memberi pulangan kepada anda. Cuba fikirkan sekiranya anda menulis matlamat yang sama berkali-kali. Ini akan menggandakan peluang anda untuk mencapai matlamat tersebut. Selain menulis, beliau menggalakkan kami mengimaginasikan matlamat2 kami...


Jelaskan lagi matlamat anda dalam hidup sekiranya anda kurang jelas. Jangan tipu diri sendiri. Bertindak jujur pada diri anda. Tanya kata hati anda. Mampukah matlamat tersebut dicapai? Jika tidak,bagaimana caranya. Cari Jalan penyelesaian. Jangan sesekali bersifat mustahil untuk mencapai matlamat tersebut (yang diimpikan) cari cara dan langkah-langkah untuk mencapai. Tiada yang mustahil didunia ini. Kesungguhan, fokus dan yakin pada diri sendiri adalah kuncinya.


Matlamat adalah penting untuk mencapai cita-cita kita. Matlamatlah yang berikan kita kejayaan, sebagai contohnya rakan saya kerja sebagai Programmer, macam2 programming dia buat. tp dia tak tahu apa matlamatnya . Pegi keja balik kerja. Nak pendekkan cerita masa dia balik kerja, dia terjumpa sekeping kertas atas jln. Pada mulanya dia ingat sampah, so macam biasa ler dia ambik kertas tu nak buang dalam tong sampai, entah macam mana dia boleh baca apa yang tertulis dalam kertas tersebut. Nak tahu apa ditulis dalam kertas tersebut? Kertas tersebut tersenarai 3 matlamat hidup seorang hamba Allah yang diulang sebanyak 10x…Dari situlah dia cuba memperbaiki hidup dia dan tetapkan matlamat apa yang dia perlu buat..dia juga selalu menulis lagi dan lagi matlamat tersebut.Insyallah matlamat kita akan tercapai kerana kita tahu kemana arah yang perlu kita tuju.


Dengan menetapkan matlamat hidup kita mampu mendidik diri untuk menjadi insan yang berguna dan bertaqwa kepada Allah S.W.T. Positifkan pemikiran dan minda kita. Jika perlu desak diri anda untuk bertindak untuk mencapai matlamat anda kerana diri yang selalu dimanjakan akan menjadi malas dan harap untuk ‘disuapkan’ sahaja. Jadilah seseorang yang berusaha dan gigih dalam kehidupan.


Jadi.. apa lagi mulakan hari ni…dengan matlamat anda.