Wednesday, June 11, 2008

:: 'MAYAT' HIDUP :: Kehidupan Remaja Tanpa Matlamat

Pada 6 Jun hingga 8 Jun 08, saya telah dijemput oleh seorang rakan untuk menjadi fasilitator untuk Smart Camp 1 yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat Dun Gombak Setia. Kem selama 3 hari ini telah diadakan di Kem Rebutia. Pelaburan serendah RM10 untuk para peserta (disertakan sijil dan baju percuma) umpama pelaburan bijak ibubapa untuk anak-anak..


Saya terkesan dengan kata-kata Ustaz Manaf (Program Manager Smart Camp 1) yang menyatakan kerajaan negeri melihat pembentukan modal insan dan identiti diri pemuda dan remaja sebagai 1 asset penting dalam pembentukan sebuah negara Islam yang membangun. "...Nak bangunkan negara dengan membangunkan rakyatnya dulu.." ujar beliau lagi... Wow. Ini lah pemikiran minda pemimpin Islam. Islam itu syumul (menyeluruh). Melalui Islam, Yang Maha Esa dah buat garis panduan untuk setiap aktiviti kehidupan dunia ni. Masihkah kita tidak sedar akan kekuasaannya?


Saya tak nak ulas lanjut tentang perjalanan dan pengisian program. Kalau sahabat-sahabat nak tau tentang butiran program ni, boleh lawati blog sahabat saya di hafizbad.blogspot.com dalam entri smart-camp-1-satu-permulaan-6-8-jun-08...


Apa yang menarik saya nak kongsikan di sini ialah, secebis harapan masyarakat pada remaja2 harapan ini.


Semasa hari program,saya ada bertanya kepada beberapa anak buah berkaitan matlamat hidup dan visi hidup mereka. Jawapan yang saya terima sangat menyedihkan. They have no vision and mission on their future life. I realize this as the problem of ‘kehilangan identity diri’ on teenagers generation nowadays. Bagaimana mereka hendak memimpin kalau diri sendiri tidak terpimpin?? Beginikah belia yang menjadi harapan negara? Insafnya diri ini...


Setiap manusia perlu mempunyai matlamat hidup. Matlamat hidup kebiasaannya tertumpu kpd keinginan terhadap sesuatu perkara atau keadaan yang lebih baik,aman,tenteram,damai,harmoni,dan selesa pada masa hadapan.


Saya tertarik untuk berkongsi pendapat sahabat saya di Studions,Nazri Salleh. Beliau selalu memikirkan apakah matlamat hidupnya setiap hari. Bagi beliau, setiap hari adalah peluang dan ruang untuk kita berjaya dalam hidup pada masa depan.


Saya juga bertanya pada diri sendiri, bilakah waktu puncak kehidupan saya akan datang yang dianggap kehidupan masa depan? adakah bila saya berumur 40 tahun? 50 tahun? 70 tahun? bila? Setelah difikir dan ditimbang-timbangkan bahawasanya masa depan adalah matlamat waktu disaat kita inginkan sesuatu atau memerlukan sesuatu.


Apa yang kita perlukan bila berumur 40 tahun? rumah? keluarga? kereta? atau apa sahaja. Bila sesuatu tindakan untuk mencapai matlamat tersebut bermula dari sekarang itu baru dinamakan kehidupan masa depan. Kita selalu dengar kata-kata ‘Menabunglah dari sekarang untuk masa depan’. Bila kita jelas dengan matlamat hidup kita barulah perjalanan hidup kita lebih bermakna dan kita akan sentiasa fokus pada kerja yang kita lakukan setiap hari.


Teringat kata2 Cikgu saya, Tengku Asmadi (Motivasi Alihan Pelajar). Dengan suara yang lantang bertempatkan dewan yang crowded with students, beliau pernah menyebut, "...senaraikan matlamat anda pada kertas atau dimana sahaja supaya anda mudah melihat dan sebagai pembakar semangat pada diri untuk maju dan terus maju....". Dengan menulis matlamat anda, ia akan menjadi sesuatu yang boleh dipegang dan boleh di lihat. Anda juga tahu, dengan menulis matlamat, ia akan masuk ke dalam minda (separuh sedar) anda dan ianya akan diproses untuk mencari peluang-peluang mencapai matlamat tersebut.
Tetapi… menulisya sekali sahaja tidak mencukupi. Anda perlu menulis lagi… lagi… dan lagi. Salin kembali matlamat anda.
Menulis matlamat anda sekali sahaja memang akan memberi pulangan kepada anda. Cuba fikirkan sekiranya anda menulis matlamat yang sama berkali-kali. Ini akan menggandakan peluang anda untuk mencapai matlamat tersebut. Selain menulis, beliau menggalakkan kami mengimaginasikan matlamat2 kami...


Jelaskan lagi matlamat anda dalam hidup sekiranya anda kurang jelas. Jangan tipu diri sendiri. Bertindak jujur pada diri anda. Tanya kata hati anda. Mampukah matlamat tersebut dicapai? Jika tidak,bagaimana caranya. Cari Jalan penyelesaian. Jangan sesekali bersifat mustahil untuk mencapai matlamat tersebut (yang diimpikan) cari cara dan langkah-langkah untuk mencapai. Tiada yang mustahil didunia ini. Kesungguhan, fokus dan yakin pada diri sendiri adalah kuncinya.


Matlamat adalah penting untuk mencapai cita-cita kita. Matlamatlah yang berikan kita kejayaan, sebagai contohnya rakan saya kerja sebagai Programmer, macam2 programming dia buat. tp dia tak tahu apa matlamatnya . Pegi keja balik kerja. Nak pendekkan cerita masa dia balik kerja, dia terjumpa sekeping kertas atas jln. Pada mulanya dia ingat sampah, so macam biasa ler dia ambik kertas tu nak buang dalam tong sampai, entah macam mana dia boleh baca apa yang tertulis dalam kertas tersebut. Nak tahu apa ditulis dalam kertas tersebut? Kertas tersebut tersenarai 3 matlamat hidup seorang hamba Allah yang diulang sebanyak 10x…Dari situlah dia cuba memperbaiki hidup dia dan tetapkan matlamat apa yang dia perlu buat..dia juga selalu menulis lagi dan lagi matlamat tersebut.Insyallah matlamat kita akan tercapai kerana kita tahu kemana arah yang perlu kita tuju.


Dengan menetapkan matlamat hidup kita mampu mendidik diri untuk menjadi insan yang berguna dan bertaqwa kepada Allah S.W.T. Positifkan pemikiran dan minda kita. Jika perlu desak diri anda untuk bertindak untuk mencapai matlamat anda kerana diri yang selalu dimanjakan akan menjadi malas dan harap untuk ‘disuapkan’ sahaja. Jadilah seseorang yang berusaha dan gigih dalam kehidupan.


Jadi.. apa lagi mulakan hari ni…dengan matlamat anda.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi memberi komen ya! Semoga ceria selalu!