Namun begitu, oleh kerana kedua2 itu sahaja yang mereka ada, kanak-kanak itu tetap menggunakan kedua-duanya supaya kolah dirumah mereka lebih cepat dapat dipenuhkan dengan air.
Lalu, anak itu mula mengangkut air dari sungai yang berhampiran rumah mereka, dengan melalui sebuah jalan kecil. Baldi itu dipegang dengan kedua belah tangan kanan dan kirinya. Apabila tiba di sungai, kedua-dua baldi itu di isi dengan air, dan diangkut kembali kerumah.
Namun, apabila sampai dirumah, baldi merah yang elok itu tetap penuh dengan air manakala baldi biru yang sudah bocor itu hanya tinggal separuh sahaja air didalamnya. Baldi merah tersenyum mengejek kepada baldi biru dan berkata, " Cuba kau tengok, kecacatan kau hanya menyusahkan tuan kita. Kau tak macam aku, aku mampu berkhidmat dengan baik".
Mendengar kata-kata itu, baldi biru hanya mampu tunduk sedih.Kemudian anak itu mengulangi lagi perbuatan tadi berkali2, berulang alik dari rumah-sungai-rumah demi untuk memenuhkan kolah kegunaan mereka sekeluarga. Dan setiap kali sampai ke rumah, hanya separuh sahaja air yang mampu dibawa oleh baldi biru. Dan setiap kali itu juga, baldi biru pasti akan dicemuh dan ditertawakan oleh baldi merah.
Sehinggalah, pada kali kesembilan anak itu berulang alik, baldi biru sudah tidak mampu menahan rasa sedih dan rendah diri lagi. Ia rasa terlalu malu, kerana setiap kali ia digunakan, ia tak mampu memberikan hasil yang baik kepada tuannya. Lebih-lebih lagi ia sering direndah-rendahkan oleh baldi merah.Lalu, ia berkata kepada anak itu, "Tuan, janganlah engkau gunakan aku lagi untuk mengangkut air. Engkau bersusah payah mengisikan aku dengan air, tapi seperti yang engkau sendiri lihat, aku hanya mampu memberikan separuh dari air itu kepadamu..aku sudah tidak layak untuk berkhidmat kepadamu lagi, wahai tuanku.." baldi biru meluahkan rasa kecewanya dengan titisan air matanya.
Namun, anak itu hanya tersenyum dan membalas,"wahai baldi biru, apabila aku membawa kamu ke sungai sekali lagi selepas ini, kau pandanglah ke bumi apabila kita dalam perjalanan pulang ke rumah. kamu juga wahai baldi merah".
Maka, apabila anak itu membawa mereka sekali lagi ke sungai, mengisi kedua-duanya dengan air, dan mengangkut mereka pulang, kedua-duanya memandang tanah dibawah mereka. Apabila sampai di rumah, anak itu bertanya, " baldi biru, apakah yang kamu lihat di bawah kamu tadi?""Aku dapat melihat rumput-rumput yang hijau, serta bunga-bunga yang mekar, tuan.."jawab baldi biru."Kamu, wahai baldi merah?" anak itu memandang baldi merah pula."Aku hanya dapat melihat rumput yang kering serta bunga yang layu..." anak itu tersenyum dengan jawapan baldi merah.
"Begitulah wahai kedua baldiku..kamu, si baldi biru, walaupun kamu cacat, kamu dapat membekalkan sedikit air sahaja kepada aku walaupun aku mengisi kamu dengan penuh ketika di sungai, bukanlah bermakna kamu tidak berguna. Malah, kamu telah berbakti kepada rumput dan bunga yang kontang di atas tanah. Air yang menitis keluar sepanjang perjalanan pulang akibat dari badan kamu yang bocor, sebenarnya menolong menyirami rumput-rumput dan bunga-bunga di situ..kamu pula wahai si baldi merah, kamu mungkin sempurna, dapat membantu aku membekalkan air yang penuh, tapi tak bermakna kamu mampu melakukan semua perkara.
Kepada si baldi biru, walaupun kamu mempunyai kekurangan di mata orang lain, tetapi kamu masih ada keistimewaan sendiri..jadi janganlah kamu bersedih hati dengan kekurangan kamu..manakala kamu pula wahai si baldi merah, walaupun kamu mempunyai fizikal yang sempurna, bukanlah bermakna kamu sempurna. Ada juga perkara yang kamu tak mampu lakukan. Jadi, janganlah sesekali kamu menghina orang lain..." Jelas anak itu sambil tersenyum memandang kedua-dua buah baldinya..
moral of the story: setiap orang menjadi kelemahan dan kekurangan masing-masing. allah itu maha Adil, Dia menciptakan kita dengan segala kelebihan. Jadi, kita janganlah pandang rendah dengan kekurangan orang lain, kerana sesungguhnya mereka mungkin mempunyai kelebihan yang kita tak miliki..Dan kepada yang merasakan dirinya ada kekurangan, yakinlah bahawa kita juga memiliki potensi yang tak dimiliki oleh orang lain..yang penting, bersyukurlah kepada Allah selalu..
jazakallah to my friend,akrimimathwa
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi memberi komen ya! Semoga ceria selalu!