Bila orang pandang rendah pada anda, sebenarnya itu satu ujian buat hati anda dan juga satu ujian pada sikap anda. Ada orang, bila dipandang rendah, hatinya jadi panas membara. Dia marah, terasa dirinya diperlekehkan. Maruahnya tercabar, egonya juga tercabar.
Ada orang, bila dipandang rendah, dia cool saja. Dia tak berapa ambil kisah, tetapi dia tahu orang itu siapa dan apa yang dicakapkan olehnya. Dia melupakan yang negatif, mengingat selalu pada yang positif.
Orang yang cool biasanya bersikap positif sebab dia tak suka menyemakkan fikiran dengan perasaan sakit hati, dendam, marah atau rasa tak puas hati. Seboleh mungkin dia akan mengelak sikap-sikap negatif sebegitu dari bersarang di hatinya.
Anda tergolong dalam kategori mana satu? Sama-sama kita check attitude kita dan hati kita. Orang-orang berjaya, hati mereka sentiasa bersih, sikap, perangai dan kata-kata mereka baik-baik belaka kerana mereka tahu sikap itu akan mempengaruhi tahap kejayaan mereka.
Nak cemerlang, kita kena mulakan dari dalam. Nak merubah diri, membina peribadi, kita kena mulakan dari hati. Hati kita melambangkan tahap kejayaan kita.
Sumber : http://www.imotivasi.com/kita-kena-mulakan-dari-hati/
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi memberi komen ya! Semoga ceria selalu!