“Aku busy la!”
Saya yakin, anda pernah guna dan biasa dengar ayat ini kan? Macam mana saya tahu? Sebab saya pun pernah biasa guna!
Selalukah anda berada dalam salah satu daripada situasi di bawah:
· Tidak mempunyai banyak masa untuk membaca?
· Tidak mempunyai masa untuk bekerja dengan prestasi yang lebih baik?
· Tidak mempunyai masa untuk menguruskan pelbagai jenis bil dan hutang yang perlu dilangsaikan?
· Sentiasa kesuntukan masa untuk mengejar “deadline” bagi tugasan yang penting?
· Tidak mempunyai masa untuk bersembang bersama keluarga dan bermain dengan anak-anak?
· Selalu terlupa untuk menghantar kereta ke pusat servis, menelefon ibu bapa di kampung, menghantar kad ucapan hari lahir atau ulang tahun perkahwinan dan lain-lain lagi?
· Tidak dapat mengikuti program rukun tetangga di kawasan perumahan anda?
· Tidak dapat merancang percutian keluarga yang seronok dan mendamaikan?
Sangat menyesakkan apabila kita berada dalam kondisi kerja berlambak tapi masa tak cukup kan?
Apa sahaja kerja yang kita lakukan memerlukan masa. Tak kira kerja apa. Dengan itu, memang kita tidak boleh lari dengan masa.
Model 10/90!
Satu strategi yang boleh kita aplikasikan ialah Model 10/90.
Kita perlu menggunakan 10% daripada masa kita untuk merancang masa kita, dan ini akan menjimatkan 90% daripada masa kita dalam mencapai sesuatu matlamat (jangka panjang atau jangka pendek).
Adakah anda merancang masa anda? Maksud saya, benar-benar merancang sehingga mengambil masa 30 minit-1 jam hanya untuk merancang masa?
Kalau tidak, anda perlu mulakan merancang masa anda 10% untuk menjimatkan 90%!
Contohnya, setiap malam atau pagi, anda luangkan sedikit masa untuk senaraikan tugasan yang anda rancang nak selesaikan hari ini dan susun ikut kepentingan.
Pinjam masa dari orang lain. (Delegasi kerja pasukan)
Masa pun ada pinjaman. Kalau dah namanya pun pinjam, nanti kena pulangkan semula la bro.
Kita ini hidup saling melengkapi. Ada yang bulat, petak, kurus, gemuk, hitam, putih, kuat, rajin. Semua ini saling memerlukan dalam ekosistem kehidupan kita. Maka bermakna, kehidupan ini satu kerjasama.
Bukan dalam organisasi sahaja, dalam keluarga pun boleh diamalkan pembahagian tugasan (task delegation). Bahagikan tugasan kepada orang lain mengikut rasional.
Saya merupakan salah seorang yang sangat tidak suka strategi ini. Kalau kita ada tugasan yang diberikan, kita mempunyai matlamat dan impian agar ia dibuat secara cermat dan keputusannya adalah terbaik. Dan ini sangat susah untuk saya capai dalam kerja berpasukan. Terlalu banyak halangan terutamanya komunikasi dan trust.
Namun itu persepsi lama saya. Sekarang saya yakin, setiap kita dilahirkan didunia ini untuk berpasukan (kerjasama). Tambahan lagi kehidupan berumahtangga sangat banyak mentarbiah saya menghargai masa dan saling melengkapi. teehee!
Mustahil untuk kita selesaikan semua tugasan kita bersendirian. Kalau kita mati nanti pun, kita masih terpaksa memberikan kepercayaan kepada orang lain untuk menguruskan jenazah kita. Itu juga pembahagian tugas.
Jangan lupa jimatkan masa!
Duduk depan facebook lebih 2 jam sehari baca status orang lain, tengok email, tengok TV, makan di luar, guling-guling atas katil, gentel bantal sambil pandang bumbung rumah; anda rasa semua ini tanda anda menghargai masa ke? Yes, of course not! Semua ini Nampak macam kecil, tetapi bisa merubah jumlah masa anda yang tak terjangka dek minda. (baca belog saya mcm yang anda sedang lakukan ni tak dikira membuang masa ok! hehe)
1.Jika kita jimatkan 2 minit sehari ? setahun 12 jam
2. Jika kita jimatkan 10 minit sehari ? setahun 60 jam
3. Jika kita jimatkan 30 minit sehari ? setahun 180 jam (1 bulan)
4. Jika kita jimatkan 1 jam sehari ? setahun 360 jam (2 bulan)
Penjimatan yang sangat besar !!!
Maka, jom berhenti dari menggunakan perkataan “Tak cukup masa” atau “sibuk sangat” dari penggunaan seharian kita. Dengan cara ini sahaja, anda akan MENCARI MASA dan tidak menjadikannya alasan!
p/s: Kongsi dan share jika anda rasa pengisisan ini berguna. Jangan kata tak da masa nak share pulak ok! hehe.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi memberi komen ya! Semoga ceria selalu!