Di swiming pool tu, ada seorang Pak Guard yg menjaga pintu. Beliau akan membantu untuk membuka dan menutup pintu bagi laluan pengunjung.Semasa sedang leka mengawal pintu, tiba2 Pak Guard mendengar jeritan meminta tolong. Rupa-rupanya ada seorang pelajar yg lemas dalam kolam renang tersebut.Untuk pengetahuan kalian,kolam renang tu sangat luas dan sangat dalam. Pelajar tersebut terus terkapai2 meminta tolong. Kebetulan semasa kejadian berlaku, hanya ada Pak Guard dan pelajar itu sahaja di kawasan kolam renang.
"Tolong....Tolong...." jeritan terus kedengaran.. Namun Pak Guard hanya mampu melihat. Bukan dia tak tau berenang, sedangkan dia ada 2 pingat juara renang peringkat negeri yg dimenanginya semasa sekolah rendah dulu..Namun bakat renang yg ada pd Pak Guard bukanlah 1 tiket untuk beliau menyelamatkan pelajar yg kelemasan ini. Bagi Pak Guard, tugas beliau hanya menjaga pintu sahaja semata2. He has nothing to do with the drowning student..
Akhirnya, pelajar tersebut mati kelemasan dan Pak Guard masih hanya mampu melihat dan berasa sedih dengan kematian tersebut...
Setelah 2 hari, ibu bapa almarhum pelajar tersebut datang berjumpa Pak Guard dan bertanyakan mengenai anak mereka. Dengan muka sedih, pak Guard hanya mampu tunduk dan menundingkan jarinya pada arah kolam yg mengandungi ramai mayat2 yg mati lemas. Dikalangan mayat tersebut terdapat mayat pelajar yg diceritakan.Ibu bapa meraung dan bertanya mengapa Pak Guard itu tak cuba menyelamatkan anak mereka.. Pak Guard cuma mampu menjawap, "Maaf puan, kerja saya hanya menjaga pintu kolam renang, bukan menyelamatkan orang yg lemas.."
Analogi apa ini?
- 1. Ramai masyarakat Muslim kita yg sedang 'kelemasan', namun kita hanya mampu melihat dan berkata, "Itu bukan kerja aku, dan aku tak da kena mengena. Biarlah ustaz2 je yg mentarbiah dan 'menyelamatkan' mereka...".
- 2. Ramai dikalangan kita tidak sedar bahawa kita sedang 'kelemasan' dalam 'kolam' dunia.
- 3. Sedar tak kita bahawa tanggungjawab berdakwah bukan hanya pada 'budak baik'? Sirah menunjukkan, terdapat 1 kisah seorang pelacur (yg telah bertaubat) yg ikhlas ingin membantu meminumkan anjing yg kehausan di tengah padang pasir akhirnya diberikan janji syurga hanya atas 1 kebaikan yg dilakukan dengan ikhlas.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi memberi komen ya! Semoga ceria selalu!