Dalam kebanyakan siri motivasinya, Akhi Ahmad Fadzli Yusof selalu menyelitkan modul2 yg membuktikan tindakbalas dan pengaruh persepsi pada tindakan kita.Sedar atau tidak, kita sebenarnya sering bertindak berdasarkan persepsi kita.Setiap dari kita mempunyai persepsi yg trtentu.Namun persepsi sering membuat kita salah menghukum orang.
Persepsi buat kita 'cop' orang lain.Persepsi adalah inference awal kita terhadap sesuatu perkara.Dan ia juga boleh jadi 1st impression kita.
Frankly speaking, aku dan kawan2 masih mengamalkan teknik 'positive 1st impression' dalam kehidupan kami sbg pelajar. Contohnya, sewaktu kami masih dalam minggu pertama pendaftaran semester 2 baru2 ni, kebanyakan sahabat2 berpakaian amat kemas berkemeja dan berkasut.Tingkah laku semua cukup bersopan. Kehadiran mereka ke kelas juga awal.Ini semua semata-mata demi mewujudkan budaya 'a positive 1st impresion' dari lectures.
Namun bila dah masuk minggu2 P&P (Pengajaran dan Pembelajaran) yg seterusnya, masing2 mula menunjukan taring dan besar kepala mereka.huhu. Aku pun kadang2 'terpaksa' terpengaruh dengan sikap dan tabiat negatif yg dulu2. Maklumlah, kita memang mudah mengubah persepsi, tapi payah untuk kita ubah tabiat manusia.
Berbalik kpd persepsi, persoalan yg aku nak kongsikan bersama ialah kesan persepsi terhadap dakwah kampus?Sebelum huraian lanjut dilabuhkan, cuba korang semua perhatikan kisah dibawah:
Aminah adalah seorang pelajar muslimah yg bertudung labuh dan sangat aktif dalam
sebuah persatuan islam di kampusnya.Jubah adalah pilihannya memandangkan beliau sangat faham teknik pemakaian yg berlandaskan Islam.Pada suatu hari,ketika Aminah melintas dihadapan pejabat fakultinya, dia ternampak sekumpulan freshie
yg sedang berborak.Diorang semua berpakaian agak moden dengan skirt dan seluar
jeans pendek, berbaju tight, dan 'free-hair'.Penampilan semua freshie tersebut
sangat bertentangan dengan konsep pemakaian Aminah dan terang terangan melanggar syariat Islam.Tatkala Aminah melihat penampilan mereka, terlintas difikiran Aminah, "Smoga aku dijauhkan dari golongan spt ini.."Bagi Aminah, dia sangat tak selesa dan tak sesuai berkawan dengan golongan spt itu.Mereka itu bagi Aminah ibarat perosak masyarakat dan tak mampu lg utk dibimbing.Semua yg bermain dalam pemikirannya adalah pemikiran yg negatif bila berhadapan dgn golongan spt freshies td.
Memang relevan dan normal lah tindakan Aminah membenci kemungkaran yg dilihat. ini intuisi normal manusia.Namun mari kita kopek kesan tindakan Aminah tersebut.Perspektif negatif Aminah pd golongan free-hair membuatkan Aminah bertindak menjauhkan diri dari mereka.hm. Lantas, siapakah lagi yg boleh kita harapkan untuk berkawan dengan mereka dan men'tarbiah' (mendidik) mereka dengan cara Islami?
Ya, benar,rakan sebaya berpengaruh besar dalam proses pembentukan sikap dan sifat seseorang. Pengaruhnya lebih besar dari tunjuk ajar ibu bapa.Lantas, rakan sebaya yg mcm mana lagi yg mampu menjadikan diri kita selalu ingat pada tuhan?
Namun jika dilihat dari satu aspek, kita tidak boleh menyalahkan 'Aminah' semata-mata. Kerana bagi Aminah, dia perlu memelihara dirinya dari terpengaruh dengan sekularisasi negativ kawan-kawan.Dan ramai motivator dan ustaz2 yg menyarankan kita berhati2 dalam memilih dan mencari sahabat. Maka bagi mereka yg mudah terpengaruh dengan kawan2, perlu memilih kawan yg baik untuk dijadikan wadah dan panduan dalam kehidupan bersahabat.
Namun, bagi seorang daie (penyampai), pergantungan kita adalah pada Allah. Keikhlasan hati yg ingin membantu pasti akan ada 'karomah'nya.Kita perlu bersiap sedia untuk menghadapi sikap dan kerenah ummat demi menegakkan Dinul Islam.
Bersabarlah dalam bersahabat, dan ber'doa'lah dengan keikhlasan hati dan letakkanlah pergantungan sepenuhnya pada Allah. "Innallah ha ma'as sobirin"- sesungguhnya Allah itu bersama orang2 yg sabar.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi memberi komen ya! Semoga ceria selalu!