Sambil hirup Kopi Amal di Warung Pak Jiman, dan di saksikan seekor cicak kubing, kedengaran jelas perbualan dua orang anak muda ini.
“Ko perasan tak, kenapa ek orang kafir lebih banyak menjadi juara sukan, akademik, pertandingan, dan segala yang cool? Perang pun sekarang ni nampak sangat jurang perbezaan kekuatan Muslim dan Kafir. Padahal mereka bukan Islam. Bukan ke yang benar akan sentiasa menang?”, soalan diaju Zai sambil mencicip kopi.
“Eh. Orang Islam pun ada juga yang menjadi juara dalam bidang-bidang cool tu”
“Meme la, tapi tak ramai. Ko tengok je la kat kampung kita ni, orang kita memang juara, tapi juara maksiat, juara masalah sosial, juara rempit, juara dosa dan segala macam pakej maksiat yang lain.”
“Kafir menang sebab orang Kafir tu benar”, pendek jawapan Danny, macam menyampah.
Ah. Sudah. Sesat ke budak ni? Sejak sekolah rendah ustaz cakap Islam je agama yang benar.
“Apa maksud ko diorang tu benar?”, kopi di tangan kini berpindah ke atas meja. Keadaan bertukar sedikit serius.
“Orang kafir itu sifatnya sangat jelas dalam Al-Quran. Contohnya dalam ayat 90,105,109,120 surah Al-Baqarah , sifat mereka tidak suka, dengki, iri hati terhadap orang-orang Islam”
“So?”
“Sifat mereka sekarang sama tak macam sifat mereka yang Allah nyatakan dalam Al-Quran?”
“Sama”, jawapan yang mudah.
“Ok, kau tengok pula pangai orang Islam sekarang dengan pangai orang Islam dalam Al-Quran. Sama tak?”
“Ada la jugak yang sama, tapi kebanyakannya, totally different. Beze giller.”
“So, mana satu sifat yang benar. Maksud aku yang sama macam Al-Quran bagitau?”
“Yahudi la”
“Itu maksud aku. Maka ayat ‘benar sentiasa menang’ tu tak salah”
“Maksudnya, orang Islam hanya akan menang kalau kita jadi sebijik macam orang Islam dalam Al-Quran? Macam sahabat nabi? Macam nabi?”
“Masa akan menentukan. Masa itu akan tetap tiba, itu janji tuhan, cuma soalan aku, apa yang kita sendiri dah buat sekarang ni sebagai persediaan sebelum tiba saat tu.”
Suasana senyap, Zai termenung jauh. Antara hadam dan terasa.
Clup!
“Weh! Kopi ko masuk cicak!”
“Astaghfirullah al azimmm! Nate punyo cicak. Huk aloh!”
- Zaim Zin (One Heart)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi memberi komen ya! Semoga ceria selalu!