Bismillah. Apabila kita nampak ada orang yang susah, miskin ataupun sakit, apabila kita membantu meringgankan urusan mereka, kita sebenarnya membantu diri kita.
Jangan pandang mereka yang memerlukan bantuan, kita yang sebenarnya membantu diri sendiri. Kerana apabila membantu orang lain, kita membantu diri kita supaya menjadi insan yang lebih baik agar Allah mengasihani kita semasa di dunia, di alam kubur dan di Terminal Mashyar nanti.
Kalau kita tidak bantu mereka, ada orang lain bantu mereka, cuma kita ketandusan pahala yang sangat berharga untuk perjalanan di alam seterusnya.
Apabila kita beri bantuan kepada orang lain, kita sebenarnya membantu diri kita sendiri.
-Tuan Shamsudin Kadir
----------------------------------------------
Kadang kala, kita dapat rasai kepuasan apabila kita bantu orang lainkan?
Hati- hati kerana takut-takut itu bukan kepuasan sebenar. Riak, ujub dan bangga diri itu mudah sekali menjelma, hakikatnya kita perlu sedar, siapa je kita ni untuk hulur bantuan tu? Nak makan pun kita masih bergantung pada hasil usaha petani, peladang atau nelayan. Nak bernafas pun bergantung pada Allah.
Maka, bagi mengelakkan ia berlaku, kita cuma perlu sedar diri dan memberi definisi yang segar dalam usaha memberi tersebut.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi memberi komen ya! Semoga ceria selalu!