Saturday, December 17, 2011
Dont judge a book by its cover bukanlah pepatah yang sesuai untuk anda berkata anda mulia walaupun tidak menutup aurat.
Islam hadir mengangkat darjat wanita, namun tanpa menutup aurat, anda menjatuhkan maruah anda sendiri. Bukan setakat dijatuhkan, bahkan diinjak-injak.
Muak aku tengok kalian perlekeh tudung. Mual aku tengok si makcik rambut karat. Muntah aku tengok lemak kalian berlipat pada baju sendat.
Berubahlah. Peluklah Islam ini sekuatnya, kelak kalian tidak terbang dihanyut gelombang durjana.
Friday, December 16, 2011
Thursday, December 15, 2011
Oley! : Ole-ole buat Muslim Malaya.
Tak sampai sehari, video ini sudah dikongsikan lebih dari 30,000 orang dalam Facebook. Bukan setakat itu, dalam beberapa jam sahaja, sudah ada beberapa page dihasilkan dalam facebook kesan dari filem pendek ini. Selain dari pengisisan yang menarik, kata-kata matluthfi90 antaranya menjadi tarikan dan berpengaruh sehingga terciptanya page Curi gitar haram , curi hati takpe dan fanpage Oley~ di facebook.
Tahniah kepada para pelakon, Bob lokman (pelakon), Mathluthfi (Vlogger), Ust Riduan Mohd Nor (Muslim Care), Ust Syed Abdul Kadir Aljofree (Tanyalah Ustaz TV9), Ust Nik Abduh (ILMAM), Ust Nasrudin Hassan Tantawi dan sahabat-sahabat team production OneHeart CS yang terlibat secara langsung atau tak langsung.
Bahkan lagu tema dan lagu latar filem ini turut menjadi buruan akibat dari fenomena Oley!
Salah satunya ialah lagu dari M.Nasir (Kembara) ni, Impian Anak Jalanan;
Satu lagi ialah lagu Mega Utami-Raudhah;
Nak download lagu Raudhah ni? Kelik je kat link ni; http://www.opendrive.com/files/OF8xNDY2MTFfMFhmM3RfY2ZiNQ/Raihan%20-%20Raudhah.mp3
Ramai yang berkongsi yang mereka mendapat mafaat dan penambahan kefahaman berkenaan Hudud berdasarkan video ini. Medium yang sangat berguna untuk "menjentik" intelek mereka yang malas nak membaca. (jentik je, kalau nak ilmu lagi mantop, kena membaca jugak)
InsyaAllah, video dan filem pendek Islamik semakin banyak dikongsikan pada hari ini. Satu hari nanti Islam akan dijulang semula.
Oley!
Wednesday, December 14, 2011
Bila Tinipinky bertemu Muslimah dalam Facebook.
- Baca dan fahami. (kalau tak cukup, tanya Mr Google apa azab-azab tak tutup aurat, then baca)
- Bertaubat.
- Ambil tudung.
- Pakai!
- Sampaikan pada yang lain.
20 Panduan DJ Islamik
![]() |
| DJ untuk kenduri Hezry & Izzah. Captured by Zhafran Mantop. |
![]() |
| DJ untuk majlis ofis terbuka Mantop Training |
- Cari satu atau dua ayat tema kita. Ayat ini akan digunakan banyak kali. Jika dapat, pastikan ayat tersebut mesra telinga dan comel. Contohnya; …teruskan bersama kami di sini, muzik islamik berinformasi.
- Jangan lupa sediakan pen dan kertas. Untuk catat nama-nama penting dan pengumuman.
- Susun lagu dan ambil tahu nama penyanyi, tajuk dan intipati / pengisian dalam lagu.
- Sediakan teks untuk bahan-bahan Islamik. Contoh; hadith2 berkenaan pernikahan, doa pengantin, adab-adab, sunnah-sunnah, peristiwa bersejarah pada tarikh berkenanan, tips dan petua yang patuh syariah, dan sebagainya.
- Ambil tahu waktu solat pada hari berkenaan. Umumkan waktu solat dalam 10 minit sebelum azan dan berhenti rehat selama 10/15minit untuk anda pergi solat dan menghormati waktu solat.
- Buka ruangan untuk dedikasi lagu. Umumkan mengikut masa yang seswai. Buka pilihan kepada hadirin menghantarkan ucapan dan dedikasi lagu sama ada melalui phone kita, facebook company, atau BBM. Selain bertujuan mendapatkan respon pendengar, ini juga boleh menjadi serampang dua mata mempromosikan nombor perhubungan kita pada potential prospects / clients.
*hohoho. Gelak jahat.* - Dapatkan kad jemputan pengantin. Ini cara mudah saya utk mendapatkan maklumat penting seperti nama ibubapa, nama penuh pengantin. Kalau sempat interview sedikit sebanyak berkenaan pengantin (jika mereka tidak kisah) seperti tempat kerja, tarikh nikah dan bertunang, tempat lahir, etc.
- Elakkan memainkan lagu dendangan penyanyi wanita. Suara wanita adalah aurat yang wajib dipelihara dan haram di dendangkan pada lelaki ajnabi.
- Elakkan menyebut sensitivity client. Contoh; jika keluarga pengantin merupakan orang seberang, jangan pulak korang pergi cerita rasa gembira korang atas kemenangan pasukan bola Malaysia melawan negeri mereka. *Silap-silap korang balik dengan kuali kat mulut.haha*. Atau jika anda tahu ada orang berada, pengusaha politik, atau orang kenamaan dalam majlis, jangan bermulut laser dengan bekap partisan, sebaliknya bersikap terbuka lah dan meraikan.
- Hard copy is not so hard to prepare. Sentiasa bersiap sedia dengan teks formal pembukaan majlis, pantun2, teks doa dan apa sahaja rujukan dalam bentuk hardcopy.
- Interview atau dapatkan ucapan2 dari jemputan, pengantin, ibubapa, atau keluarga pengantin selepas waktu peak hour (anggaran dalam 2.30-4.00pm, mengikut kesesuaian). Ini mampu menghidupkan suasana. Ini boleh dilakukan dalam keadaan santai dan bersahaja je.
- Mintak sebotol air mineral dari caterer untuk anda. Ini penting untuk menjaga stamina suara anda.
- Bercakap sambil tersenyum dan bersemangat. Ini memberi kesan kepada suara supaya kedengaran ceria.
- Pastikan korang update maklumat dan tentatif kelansungan majlis sebelum semua orang busy. Ketahui apa sahaja demand pengantin dan tuan rumah. Ini bagi memudahkan anda menyusun lagu, kompang, selawat, pembukaan majlis, doa, etc. Contoh demand tuan rumah; nak lagu instrumental masa potong kek, nak bergambar dengan family dulu sebelum makan beradab, nak selawat masa pengantin dah nak ke pelamin/ meja makan, nak suruh sebut nama VIP, etc.
- Mainkan lagu tidak terlalu kuat supaya jemputan boleh berbual dengan selesa. Ikut kesesuaian. Kebiasaannya waktu kemuncak ketika ramai jemputan di khemah, lagu akan kedengaran perlahan, jadi boleh la kuatkan sedikit mengikut kadar boleh didengari semua pelusuk khemah. Saya serahkan tanggungjawab menjaga sound ni pada sound engineer je, mudah.
- Terus solat Zohor dalam waktu rehat (15minit rehat selepas azan adalah untuk memberi ruang kepada DJ menunaikan solat selain untuk menghormati waktu solat).
- Elak dari memainkan lagu berentak perlahan atau lagu sedeyh. Mainkan lagu yang rancak atau lagu yang bermesej positif. Elakkan lagu lagho dan sebolehnya pilih lagu bersifat ketuhanan, nasyid, arab, atau lagu cinta yang patuh syariah (lagu suami untuk isteri).
- Pakaian mestilah menutup aurat, kemas dan hensem,
walaupun kita tak hensem.Pakaian kita melambangkan sikap kita dan mempengaruhi impresi tuan rumah dan jemputan. - Kepelbagaian bahasa merupakan satu kelebihan. Raikan juga jemputan dikalangan Chinese, Indian, atau foreigners.
- Yang paling penting, mulakan dengan bismillah, doa, dan dalam keadaan berwudhu'.
Sunday, December 11, 2011
Majlis Kawin-Kawin Hezry & Izzah
![]() |
| Bergambar bersama Zhafran (Pengacara GPS Iman TV3) |
Jangan mengharapkan pasangan yang sempurna kerana mereka tak perlu jadi sempurna untuk mendapat keluarga yang sempurna, cukuplah dua pasangan yang tidak sempurna saling melengkapi antara satu sama lain untuk mencapai kesempurnaan itu.
Monday, December 5, 2011
Hello world!
Assalamualaikum dan salam sejahtera!
Welcome, Ahlan wasahlan, Huānyíng, Nalvaravu, Sawadikkap, dan Selamat datang ke belog saya. Hampir beberapa tahun meninggalkan dunia blogging ni. Tetibe je rase nak berblog semula secara lebih santai. Nantikan kemunculannya. Terima kasih la kat korang sebab sudi singgah sini.
Ini adalah belog baru saya dan kebanyakan entri dalam belog ni yang diconteng sebelum 4 Disember 2011 saya import dari belog lama saya ; khazazin.blogspot.com
tangan yang menari,
Zaimzin
Wednesday, November 30, 2011
Tuesday, June 7, 2011
13 Langkah hilangkan Mengantuk dan Tekanan
LANGKAH 1

Ini adalah ala taichi sikit la… sebagai permulaan untuk memanaskan badan..
LANGKAH 2
Tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher anda..
LANGKAH 3
wa..wa..aaa
LANGKAH 4
Gerak kekanan kemudian ke kiri..
LANGKAH 5
Gerak ke kiri kemudian ke kanan. Ikut sahajalah… jangan terpusing kepala sudah la..
LANGKAH 6
Lakukan senaman kucing…
LANGKAH 7
Selepas itu buat gerakan tangan dan badan… buat macam gembira je..
LANGKAH 8
Kemudian goyang-goyangkan kaki dan badan sedikit… Lakukan seperti kita tiada masalah…
LANGKAH 9
Lakukan secara agresif pula… Jangan peduli apa orang lain kata..
LANGKAH 10
Bebaskan semua tekanan…
LANGKAH 11
pusingkan kepala…
LANGKAH 12
tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…
LANGKAH 13
Ketuk beberapa batu kuat-kuat kat dahi.. Ini untuk menghilangkan mengantuk..
————–
<<< Sekian….SELAMAT MENCUBA >>>
Sumber: http://ibnismail.wordpress.com
Thursday, May 5, 2011
Kenapa you kena tutup aurat?

Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.
Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.
Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.
Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.
Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.
Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.
Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.
Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?
Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.
Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.
Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.
Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.
Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.
Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri.
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga.
Sesuatu yang berharga dan bernilai perlu dijaga dengan baik.
Semakin dibuka semakin kurang nilai harganya..
Bajailah ia dengan iman dan takwa semoga membuahkan hasil yang sungguh bernilai.
قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ (٣٠)
30. Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.
(Surah An Nur : Ayat 30)
وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الإرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (٣١)
31. Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.
(Surah An Nur : Ayat 31)
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لأزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا (٥٩)
59. Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah AL Ahzab : Ayat 59)
يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنْزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا وَلِبَاسُ التَّقْوَى ذَلِكَ خَيْرٌ ذَلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ (٢٦)
26. Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian Yang berupa taqwa itulah Yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).
(Surah AL A'raaf : Ayat 26)
Akhir kalam,Wahai wanita Muslimah jagailah pakaian mu dan akhlak mu supaya mudah Muslimin menjaga mata dan nafsunya.
Wallahua'lam.



















