Monday, December 19, 2011

Muka Kiut Mulut Busuk.

Saya tak tahulah anda bagaimana, tapi kalau naik kenderaan awam, confirm saya akan berjumpa dengan budak macam dalam gambar ni.

Errr... yang muka kiut tu mungkin boleh consider lagi la. Mungkin dia perasan dia lawa sangat, so boleh buat perangai. Tapi yang paling tak boleh pegi bila budak yang pakaian dan muka macam pecah rumah buat perangai ni. Luar dalam tak senonoh.

So, jaga akhlak. Budi bahasa mungkin budaya. Budaya ni boleh rosak dan terpengaruh. Maka jaga akhlak kerana bila kita sebut akhlak, kita akan kaitkan dengan Nabi Muhammad. Sehinggakan isteri baginda, Aisyah, menyatakan akhlak baginda nabi ialah Al-Quran. Al-Quran pasti tidak akn berubah sehingga kiamat.

Saturday, December 17, 2011


Dont judge a book by its cover bukanlah pepatah yang sesuai untuk anda berkata anda mulia walaupun tidak menutup aurat.

Islam hadir mengangkat darjat wanita, namun tanpa menutup aurat, anda menjatuhkan maruah anda sendiri. Bukan setakat dijatuhkan, bahkan diinjak-injak.

Muak aku tengok kalian perlekeh tudung. Mual aku tengok si makcik rambut karat. Muntah aku tengok lemak kalian berlipat pada baju sendat.

Berubahlah. Peluklah Islam ini sekuatnya, kelak kalian tidak terbang dihanyut gelombang durjana.

Thursday, December 15, 2011

Oley! : Ole-ole buat Muslim Malaya.

Oley! Satu lagi video respond untuk isu Hudud dalam Sembang Rakyat yang dipermainkan si Jahil. Filem pendek ini telah dihasilkan OneHeart CS.

Minggu lepas Ummat Islam di Malaysia sangat terguris dan terhina dengan penghasilan beberapa video oleh rancangan Sembang Rakyat yang menjahilkan masyarakat dan menghina hukum Allah secara terang-terangan. Maka Oley ini salah satu usaha memberikan kefahaman yang betul kepada masyarakat.

Korang tau apa maksud Oley? hehe. Bila sebut Oley, aku teringat kat iklan Ronaldo gelecek bola. Haaaa. itu la Oley!. Kalau korang tengok matluthfi tersepak bola masuk bawah kangkang Bob Lokman. Gelecek bawah celah kaki lawan itu dipanggil Oley!. Kiranya filem pendek ini gelecek kepada isu dari filem Sembang Rakyat. Haha. (ini pandangan aku je).





Tak sampai sehari, video ini sudah dikongsikan lebih dari 30,000 orang dalam Facebook. Bukan setakat itu, dalam beberapa jam sahaja, sudah ada beberapa page dihasilkan dalam facebook kesan dari filem pendek ini. Selain dari pengisisan yang menarik, kata-kata matluthfi90 antaranya menjadi tarikan dan berpengaruh sehingga terciptanya page Curi gitar haram , curi hati takpe dan fanpage Oley~ di facebook.


Tahniah kepada para pelakon, Bob lokman (pelakon), Mathluthfi (Vlogger), Ust Riduan Mohd Nor (Muslim Care), Ust Syed Abdul Kadir Aljofree (Tanyalah Ustaz TV9), Ust Nik Abduh (ILMAM), Ust Nasrudin Hassan Tantawi dan sahabat-sahabat team production OneHeart CS yang terlibat secara langsung atau tak langsung.


Bahkan lagu tema dan lagu latar filem ini turut menjadi buruan akibat dari fenomena Oley!
Salah satunya ialah lagu dari M.Nasir (Kembara) ni, Impian Anak Jalanan;






Satu lagi ialah lagu Mega Utami-Raudhah;





Nak download lagu Raudhah ni? Kelik je kat link ni; http://www.opendrive.com/files/OF8xNDY2MTFfMFhmM3RfY2ZiNQ/Raihan%20-%20Raudhah.mp3




Ramai yang berkongsi yang mereka mendapat mafaat dan penambahan kefahaman berkenaan Hudud berdasarkan video ini. Medium yang sangat berguna untuk "menjentik" intelek mereka yang malas nak membaca. (jentik je, kalau nak ilmu lagi mantop, kena membaca jugak)


InsyaAllah, video dan filem pendek Islamik semakin banyak dikongsikan pada hari ini. Satu hari nanti Islam akan dijulang semula.


Oley!

Wednesday, December 14, 2011

Bila Tinipinky bertemu Muslimah dalam Facebook.

Cool huh? Walaupun ini cuma parodi, secara tak langsung dah berapa ramai minah freehair kat luar sana dah baca maklumat ni? So, lepas korang yang freehair tu dah baca, menjadi tanggungjawab korang la nak amik langkah seterusnya. Tak tahu langkah seterusnya? biar saya bantu, sila ikut step-step ini:

  1. Baca dan fahami. (kalau tak cukup, tanya Mr Google apa azab-azab tak tutup aurat, then baca)
  2. Bertaubat.
  3. Ambil tudung.
  4. Pakai!
  5. Sampaikan pada yang lain.
Kalau korang abaikan juga, bersedialah untuk isi borang masuk neraka.

20 Panduan DJ Islamik


Kebetulan pagi semalam ikim.fm buka topik berkenaan walimatul urus. Ada pendengar yang menimbulkan isu berkenaan DJ/MC/Pengacara Majlis yang pasang lagu kuat-kuat, lagu tak senonoh, syok sendiri dan tak kena tempat semasa walimatul urus.

Haaaa...dengan pengalaman setahun jagung saya ni *kebetulan memang setahun dah aku part time jadi DJ kahwin di One Heart Creative Solution*, maka terhasillah senarai pendek resepi menjadi budak comel dan kiut deejay yang patuh syariah ini.

Ini adalah sebahagian yang kami biasa amalkan, kerana One Heart CS memang ada plan dari dulu nak compile semua bahan-bahan untuk buat CD DJ Islamik dan disebarkan secara percuma, tapi masih tak berkesempatan nak compile. Harapnya perkongsian ini membantu.
DJ untuk kenduri Hezry & Izzah. Captured by Zhafran Mantop.

Disebabkan namanya resepi, kita mulakan dengan ramuannya dulu.

Ramuan: 1. mic (wireless is better), 2. speaker yang jelas, laptop, 3. bahan/skrip, 4. lagu, 5. Jiwa yang bersih, 6. Iman, 7. Ilmu, 8. kawan2 (optional) dan 9. kipas! Hahaha.

Resepi:

DJ untuk majlis ofis terbuka Mantop Training
  1. Cari satu atau dua ayat tema kita. Ayat ini akan digunakan banyak kali. Jika dapat, pastikan ayat tersebut mesra telinga dan comel. Contohnya; …teruskan bersama kami di sini, muzik islamik berinformasi.
  2. Jangan lupa sediakan pen dan kertas. Untuk catat nama-nama penting dan pengumuman.
  3. Susun lagu dan ambil tahu nama penyanyi, tajuk dan intipati / pengisian dalam lagu.
  4. Sediakan teks untuk bahan-bahan Islamik. Contoh; hadith2 berkenaan pernikahan, doa pengantin, adab-adab, sunnah-sunnah, peristiwa bersejarah pada tarikh berkenanan, tips dan petua yang patuh syariah, dan sebagainya.
  5. Ambil tahu waktu solat pada hari berkenaan. Umumkan waktu solat dalam 10 minit sebelum azan dan berhenti rehat selama 10/15minit untuk anda pergi solat dan menghormati waktu solat.
  6. Buka ruangan untuk dedikasi lagu. Umumkan mengikut masa yang seswai. Buka pilihan kepada hadirin menghantarkan ucapan dan dedikasi lagu sama ada melalui phone kita, facebook company, atau BBM. Selain bertujuan mendapatkan respon pendengar, ini juga boleh menjadi serampang dua mata mempromosikan nombor perhubungan kita pada potential prospects / clients. *hohoho. Gelak jahat.*
  7. Dapatkan kad jemputan pengantin. Ini cara mudah saya utk mendapatkan maklumat penting seperti nama ibubapa, nama penuh pengantin. Kalau sempat interview sedikit sebanyak berkenaan pengantin (jika mereka tidak kisah) seperti tempat kerja, tarikh nikah dan bertunang, tempat lahir, etc.
  8. Elakkan memainkan lagu dendangan penyanyi wanita. Suara wanita adalah aurat yang wajib dipelihara dan haram di dendangkan pada lelaki ajnabi.
  9. Elakkan menyebut sensitivity client. Contoh; jika keluarga pengantin merupakan orang seberang, jangan pulak korang pergi  cerita rasa gembira korang atas kemenangan pasukan bola Malaysia melawan negeri mereka. *Silap-silap korang balik dengan kuali kat mulut.haha*. Atau jika anda tahu ada orang berada, pengusaha politik, atau orang kenamaan dalam majlis, jangan bermulut laser dengan bekap partisan, sebaliknya bersikap terbuka lah dan meraikan.
  10. Hard copy is not so hard to prepare. Sentiasa bersiap sedia dengan teks formal pembukaan majlis, pantun2, teks doa dan apa sahaja rujukan dalam bentuk hardcopy.
  11. Interview atau dapatkan ucapan2 dari jemputan, pengantin, ibubapa, atau keluarga pengantin selepas waktu peak hour (anggaran dalam 2.30-4.00pm, mengikut kesesuaian). Ini mampu menghidupkan suasana. Ini boleh dilakukan dalam keadaan santai dan bersahaja je.
  12. Mintak sebotol air mineral dari caterer untuk anda. Ini penting untuk menjaga stamina suara anda.
  13. Bercakap sambil tersenyum dan bersemangat. Ini memberi kesan kepada suara supaya kedengaran ceria.
  14. Pastikan korang update maklumat dan tentatif kelansungan majlis sebelum semua orang busy. Ketahui apa sahaja demand pengantin dan tuan rumah. Ini bagi memudahkan anda menyusun lagu, kompang, selawat, pembukaan majlis, doa, etc. Contoh demand tuan rumah; nak lagu instrumental masa potong kek, nak bergambar dengan family dulu sebelum makan beradab, nak selawat masa pengantin dah nak ke pelamin/ meja makan, nak suruh sebut nama VIP, etc.
  15. Mainkan lagu tidak terlalu kuat supaya jemputan boleh berbual dengan selesa. Ikut kesesuaian. Kebiasaannya waktu kemuncak ketika ramai jemputan di khemah, lagu akan kedengaran perlahan, jadi boleh la kuatkan sedikit mengikut kadar boleh didengari semua pelusuk khemah. Saya serahkan tanggungjawab menjaga sound ni pada sound engineer je, mudah.
  16. Terus solat Zohor dalam waktu rehat (15minit rehat selepas azan adalah untuk memberi ruang kepada DJ menunaikan solat selain untuk menghormati waktu solat).
  17. Elak dari memainkan lagu berentak perlahan atau lagu sedeyh. Mainkan lagu yang rancak atau lagu yang bermesej positif. Elakkan lagu lagho dan sebolehnya pilih lagu bersifat ketuhanan, nasyid, arab, atau lagu cinta yang patuh syariah (lagu suami untuk isteri).
  18. Pakaian mestilah menutup aurat, kemas dan hensem, walaupun kita tak hensem. Pakaian kita melambangkan sikap kita dan mempengaruhi impresi tuan rumah dan jemputan.
  19. Kepelbagaian bahasa merupakan satu kelebihan. Raikan juga jemputan dikalangan Chinese, Indian, atau foreigners.
  20. Yang paling penting, mulakan dengan bismillah, doa, dan dalam keadaan berwudhu'.

Saya teringat pesan Prof Sidek Baba masa usrah MPP dulu; "Biar kita jadi seperti air, meresap dan mencair".

Beliau cakap macam tu tatkala bercerita pengalaman beliau memuatkan diri beliau dalam rongga-rongga tugasan serta menyampaikan dan aplikasikan Islam walau dimana sahaja beliau diletakkan. Same goes to us. Kita patut memuatkan diri kita dalam Islam, bukan memuatkan Islam dalam diri kita.



Selamat maju jaya!

Dah habis baca? Artikel ni berharga RM5.00 je, emailkan bayaran anda ke....eh.eh...apa aku buat ni...

21. TIPS BONUS: Semua tindakan kita akan terdidik jika niat kita adalah mendapat keredhaan Allah. So, kemudi niat. Kita di sana adalah dipilih untuk memberi sesuatu pada masyarakat, bukan nak huha-huha semata. Sekian.

Sunday, December 11, 2011

Majlis Kawin-Kawin Hezry & Izzah


Barokallahulakuma kepada Hezry dan Izzah.
Akhirnya bersatu juga dua jiwa kalian. Korang seswai sangat.
Jangan gadoh-gadoh ya, moga bahgia hingga ke akhirnya.

Bergambar bersama Zhafran (Pengacara GPS Iman TV3)
Saya nak petik nasihat kebiasaan orang lama pada pegantin baru *kebiasannya orang lama akan cakap mcm ni* ; "hidup ini tak selalunya indah, langit tak selalu cerah, itulah lukisan kehidupan berumah tangga, maka bersiap siaga lah. Faham antara satu dengan yang lain. Jadilah pendengar yang empati."

Jangan mengharapkan pasangan yang sempurna kerana mereka tak perlu jadi sempurna untuk mendapat keluarga yang sempurna, cukuplah dua pasangan yang tidak sempurna saling melengkapi antara satu sama lain untuk mencapai kesempurnaan itu.

Monday, December 5, 2011

Hello world!


Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Welcome, Ahlan wasahlan, Huānyíng, Nalvaravu, Sawadikkap, dan Selamat datang ke belog saya. Hampir beberapa tahun meninggalkan dunia blogging ni. Tetibe je rase nak berblog semula secara lebih santai. Nantikan kemunculannya. Terima kasih la kat korang sebab sudi singgah sini.

Ini adalah belog baru saya dan kebanyakan entri dalam belog ni yang diconteng sebelum 4 Disember 2011 saya import dari belog lama saya ; khazazin.blogspot.com

tangan yang menari,
Zaimzin

Wednesday, November 30, 2011




Manusia hidup diantara dua pencuri iaitu;


(i) penyesalan semalam dan

(ii) kebimbangan masa depan.


Hidup hari ini dan buat semua yang terbaik hari ini.
~Prof Dr Muhaya~