Thursday, December 13, 2012

Allah lebih dekat dari urat saraf kita sendiri.

Kentang Telur Kopi

Seperti seorang kanak-kanak kecil, berselang dengan tangisan, Mia mengadu mengenai tekanan hidupnya kepada Pak Jiman.

“Saya dah ‘fedup’ pak! Banyak sangat masalah dan ujian yang menimpa saya. Terlalu banyak perkara-perkara yang begitu sukar untuk saya hadapi. Saya tidak tahu bagaimana lagi untuk dibuat. Saya mahu berputus asa sahaja dan lari dari semua masalah ni. Saya sudah bosan bergelut. Belum sempat selesai satu masalah, masalah lain pula timbul.”

Ayahnya, Pak Jiman, yang merupakan seorang tukang masak, nampak tenang mendengar. Seperti seekor itik yang sedang berenang, tenang di muka, kalang kabut di kaki, kepalanya selirat mencari jalan menenangkan anaknya. Pak Jiman terus membawa Mia ke dapur. (Eh? Nak bancuh nescafe macam dalam iklan tu ke?)

Dia mengisi tiga periuk dengan air dan meletakkannya di atas api dapur. Beberapa minit kemudian, ketiga-tiga air itu mendidih. Dalam satu periuk, dia letakkan sebiji kentang, di periuk ke-dua dia meletakkan telur, dan periuk yang terakhir dia letakkan biji kopi. Dia membiarkan ketiga-tiga bahan direbus, tanpa berkata apa.

Mia pelik dan tertanya-tanya apa yang sedang ayahnya lakukan. (Ayah nak masak bubur lambok ke?).

Dalam kira-kira lima belas minit, api dimatikan. Pak Jiman mengalih kentang, telur dan kopi ke dalam mangkuk. Kemudian diletakkan atas meja makan, di hadapan anak perempuannya.

"Apa yang kamu nampak?"

"Kentang, telur, dan kopi," jawab Mia.

Pak Jiman minta Mia pegang kentang.

“Lembut”

Dia kemudian meminta Mia untuk mengambil telur dan memecahkannya. Selepas dikupas, dia memerhatikan telur itu sudah menjadi telur rebus.

Akhirnya, dia meminta Mia untuk menghirup kopi. Dia tersenyum kerana dia merasai aroma kopi yang kaya. Mengingatkannya pada iklan Kopi Amal.

Mia bertanya, "What’s your point pak?"

“Mia sayang, ketiga-tiga bahan tadi telah diletakkan dengan masalah dan keadaan yang sama, tetapi mereka hasilkan reaksi yang berbeza.”

Mia terangguk-angguk mendengar.

“Kentang kuat dan keras. Tetapi selepas diletakkan dalam air mendidih, ia menjadi lembut dan menjadi lembik. Telur sifatnya rapuh. Cecair dalamnya cuma dilapisi dengan kulit yang nipis. Tetapi selepas diletak dalam air mendidih, cecair dalamnya menjadi keras. Bagaimanapun, biji kopi berbeza, ia unik. Selepas ia berada dalam air mendidih, ia telah mengubah air.”

"Mia rasa Mia yang mana satu?", dia bertanya kepada anak perempuannya.

----------------------------------------------------------------------------

Apabila kesusahan mengetuk pintu anda, bagaimana anda bertindak balas? Adakah anda kentang, telur atau biji kopi? You choose!

- Zaim Zin (One Heart)

Wednesday, December 12, 2012

Benar Sentiasa Menang

Sambil hirup Kopi Amal di Warung Pak Jiman, dan di saksikan seekor cicak kubing, kedengaran jelas perbualan dua orang anak muda ini.

“Ko perasan tak, kenapa ek orang kafir lebih banyak menjadi juara sukan, akademik, pertandingan, dan segala yang cool? Perang pun sekarang ni nampak sangat jurang perbezaan kekuatan Muslim dan Kafir. Padahal mereka bukan Islam. Bukan ke yang benar akan sentiasa menang?”, soalan diaju Zai sambil mencicip kopi.

“Eh. Orang Islam pun ada juga yang menjadi juara dalam bidang-bidang cool tu”

“Meme la, tapi tak ramai. Ko tengok je la kat kampung kita ni, orang kita memang juara, tapi juara maksiat, juara masalah sosial, juara rempit, juara dosa dan segala macam pakej maksiat yang lain.”

“Kafir menang sebab orang Kafir tu benar”, pendek jawapan Danny, macam menyampah.

Ah. Sudah. Sesat ke budak ni? Sejak sekolah rendah ustaz cakap Islam je agama yang benar.

“Apa maksud ko diorang tu benar?”, kopi di tangan kini berpindah ke atas meja. Keadaan bertukar sedikit serius.

“Orang kafir itu sifatnya sangat jelas dalam Al-Quran. Contohnya dalam ayat 90,105,109,120 surah Al-Baqarah , sifat mereka tidak suka, dengki, iri hati terhadap orang-orang Islam”

“So?”

“Sifat mereka sekarang sama tak macam sifat mereka yang Allah nyatakan dalam Al-Quran?”

“Sama”, jawapan yang mudah.

“Ok, kau tengok pula pangai orang Islam sekarang dengan pangai orang Islam dalam Al-Quran. Sama tak?”

“Ada la jugak yang sama, tapi kebanyakannya, totally different. Beze giller.”

“So, mana satu sifat yang benar. Maksud aku yang sama macam Al-Quran bagitau?”

“Yahudi la”

“Itu maksud aku. Maka ayat ‘benar sentiasa menang’ tu tak salah”

“Maksudnya, orang Islam hanya akan menang kalau kita jadi sebijik macam orang Islam dalam Al-Quran? Macam sahabat nabi? Macam nabi?”

“Masa akan menentukan. Masa itu akan tetap tiba, itu janji tuhan, cuma soalan aku, apa yang kita sendiri dah buat sekarang ni sebagai persediaan sebelum tiba saat tu.”

Suasana senyap, Zai termenung jauh. Antara hadam dan terasa.

Clup!

“Weh! Kopi ko masuk cicak!”
“Astaghfirullah al azimmm! Nate punyo cicak. Huk aloh!”

- Zaim Zin (One Heart)

Tuesday, December 11, 2012

Ilmu bukan milik manusia

"Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China!"

Kenapa pesan sampai China? Padahal Islam tak sampai lagi ke China masa itu? Kenapa bukan tuntutlah ilmu sampai ke Mesir?

Kerana ilmu itu luas. Ilmu bukan hanya dalam agama. Cumanya, agama itu di dalamnya penuh dengan ilmu. Agama menjadi asas kepada semua ilmu. Tanpanya, ilmu tak berguna dan mungkin disalah guna.

Nak belajar dari Cina? dari Amerikan? dari Israel? If you think it is good and not prohibited, just go get it. Islam bukan mengongkong, ia berfungsi untuk mengawal.

Ilmu bukan milik manusia, ia milik Allah. Maka, minta saja lah pada Allah.
-------------------------------------------------
Inspirasi dari adik-adik comel ku yang pernah mengaji di 'Pondok' SRJK(C) Paroi, Ustazah Insyirah Zin dan Ustazah Zawani Zin.

Monday, December 10, 2012

Bismillah. Apabila kita nampak ada orang yang susah, miskin ataupun sakit, apabila kita membantu meringgankan urusan mereka, kita sebenarnya membantu diri kita.

Jangan pandang mereka yang memerlukan bantuan, kita yang sebenarnya membantu diri sendiri. Kerana apabila membantu orang lain, kita membantu diri kita supaya menjadi insan yang lebih baik agar Allah mengasihani kita semasa di dunia, di alam kubur dan di Terminal Mashyar nanti.

Kalau kita tidak bantu mereka, ada orang lain bantu mereka, cuma kita ketandusan pahala yang sangat berharga untuk perjalanan di alam seterusnya.

Apabila kita beri bantuan kepada orang lain, kita sebenarnya membantu diri kita sendiri.

-Tuan Shamsudin Kadir


----------------------------------------------

Kadang kala, kita dapat rasai kepuasan apabila kita bantu orang lainkan?

Hati- hati kerana takut-takut itu bukan kepuasan sebenar. Riak, ujub dan bangga diri itu mudah sekali menjelma, hakikatnya kita perlu sedar, siapa je kita ni untuk hulur bantuan tu? Nak makan pun kita masih bergantung pada hasil usaha petani, peladang atau nelayan. Nak bernafas pun bergantung pada Allah.

Maka, bagi mengelakkan ia berlaku, kita cuma perlu sedar diri dan memberi definisi yang segar dalam usaha memberi tersebut.

Sunday, December 9, 2012

2 hari berada di Kelantan, sempat menziarahi beberapa kenalan keluarga. Ada yang sudah berbelas tahun menghidap Alzheimer, ada pensyarah KIAS yang baru 2 minggu strok, ada yang sudah 3 tahun strok.

Melihat mereka sangat menginsafkan saya. Tiada apa yang mampu kita kawal hatta tubuh badan sendiri. Nak taip status facebook pun dengan izin Allah. Kalau Allah tak izinkan, apa yang kita ada?

Bak kata Iwan Syahman, "Semua ini Allah punya". Menulis, makan, berbicara, mendengar, baca status ini, bahkan berkelip sekalipun semua kawalan Allah.

Op! Nanti dulu. Rasa tidak berdaya dan kerdil sebagai manusia ini bukan untuk melemahkan kita dan pasrah dengan segalanya. Tapi untuk lahirkan rasa kebergantungan kita pada Tuhan. Nak kata kat sini, setiap yang kita buat, semuanya nikmat dan teguran dari Allah. Tiada satu pun yang sia-sia. Terima kasih Allah..

Friday, December 7, 2012

Kejutan pada sang penangguh

Mereka yang suka bertangguh kerja kebiasannya merupakan seorang yang suka pada kejutan.

Mereka berharap akan berlaku kejutan atau keajaiban pada minit-minit terakhir. Betulkan?

Kalau assignment tak siap, dia akan berharap supaya tarikh akhir akan ditunda.
Kalau kerja tak siap, dia akan berharap ada orang lain tolong siapkan.
Kalau datang lambat, dia akan berharap orang lain juga lambat.
Seribu satu kejutan lagi diharapkan.

Hakikatnya, kejutan tak semuanya menyenangkan. Sering kali kejutannya ialah tiada kejutan. Haha. Akhirnya berakhir dengan kekecewaan dan penyesalan.

--------------------------------------
Untuk lebih banyak tip kerja efisen dan produktif, jangan lupa sertai Seminar Produktif Muslim Januari 2013 ini. ;-)

Wednesday, December 5, 2012

Antara resolusi usrah awal famili One Heart Creative Solution dahulu, salah satunya ialah semua diharuskan untuk mengerjakan solat sunat rawatib, dhuha dan witir.

Terus terang, atas kelemahan iman ini, ia mudah dilakukan apabila ada orang lain yang melihat. Bila solat sendirian, terasa seperti tidak cukup masa dan malas untuk rawatib. Ini salah satu masalah hati, berasa bangga apabila orang nampak diri sedang beramal. Terlupa yakin pada 'CCTV' tuhan. Macam 'familiar' je kan kes macam ni?

Semasa buka lembaran sunnah nabi, terbaca hadith ini; "Solat sunat yang dilakukan seorang lelaki dengan tidak dilihat oleh orang lain, pahalanya sama dengan 25 kali solatnya di hadapan orang lain. (Riwayat Abu Yaala dan disahihkan oleh Al-Albani)"

---------------------------------------------------
Faedah anjuran solat sunat di rumah:
1. Untuk capai kesempurnaan khusyuk, ikhlas dan jauhi riak.
2. Sebab untuk rahmat turun dalam rumah (dan keluarnya syaitan).
3. Lipatganda pahala.

*Semoga Allah ampuni kita dan melipatgandakan tahu, mahu dan laku kita pada Islam.

Tuesday, December 4, 2012

Zahir ditentukan naluri

Saya yakin semua orang akan setuju dengan ayat ini, "Hidup kita hanya akan jadi lebih baik apabila diri kita menjadi lebih baik".

Hidup kita akan jadi sangat bosan, letih, tidak bersemangat dan penuh dengan masalah apabila tertinggal solat Subuh, melawan mak ayah, bergaduh dengan 'roomate', menipu, atau apa sahaja contoh lain yang berkenaan. Betulkan?

Ini kerana kita lazimnya akan menzahirkan apa yang ada dalam naluri kita. Kesimpulannya, kita baik, hidup pun akan baik, dan sebaliknya.

---------------------------------------------------------------------
Kalau tak ada rasa bersalah lepas buat salah, tanda diri dan hati bermasalah.

Monday, December 3, 2012

Estim

Semakin menjiwai ayat yang menjadi salah satu moto hidup saya, "Sebelum dakwah orang, dakwah diri sendiri dahulu!"

Hidup ini memberi bukan hanya pada orang lain, ia bermula dengan memberi pada diri sendiri dahulu. Beri peluang dan masa untuk diri menjadi manusia. =)