Wednesday, December 5, 2012

Antara resolusi usrah awal famili One Heart Creative Solution dahulu, salah satunya ialah semua diharuskan untuk mengerjakan solat sunat rawatib, dhuha dan witir.

Terus terang, atas kelemahan iman ini, ia mudah dilakukan apabila ada orang lain yang melihat. Bila solat sendirian, terasa seperti tidak cukup masa dan malas untuk rawatib. Ini salah satu masalah hati, berasa bangga apabila orang nampak diri sedang beramal. Terlupa yakin pada 'CCTV' tuhan. Macam 'familiar' je kan kes macam ni?

Semasa buka lembaran sunnah nabi, terbaca hadith ini; "Solat sunat yang dilakukan seorang lelaki dengan tidak dilihat oleh orang lain, pahalanya sama dengan 25 kali solatnya di hadapan orang lain. (Riwayat Abu Yaala dan disahihkan oleh Al-Albani)"

---------------------------------------------------
Faedah anjuran solat sunat di rumah:
1. Untuk capai kesempurnaan khusyuk, ikhlas dan jauhi riak.
2. Sebab untuk rahmat turun dalam rumah (dan keluarnya syaitan).
3. Lipatganda pahala.

*Semoga Allah ampuni kita dan melipatgandakan tahu, mahu dan laku kita pada Islam.

Tuesday, December 4, 2012

Zahir ditentukan naluri

Saya yakin semua orang akan setuju dengan ayat ini, "Hidup kita hanya akan jadi lebih baik apabila diri kita menjadi lebih baik".

Hidup kita akan jadi sangat bosan, letih, tidak bersemangat dan penuh dengan masalah apabila tertinggal solat Subuh, melawan mak ayah, bergaduh dengan 'roomate', menipu, atau apa sahaja contoh lain yang berkenaan. Betulkan?

Ini kerana kita lazimnya akan menzahirkan apa yang ada dalam naluri kita. Kesimpulannya, kita baik, hidup pun akan baik, dan sebaliknya.

---------------------------------------------------------------------
Kalau tak ada rasa bersalah lepas buat salah, tanda diri dan hati bermasalah.

Monday, December 3, 2012

Estim

Semakin menjiwai ayat yang menjadi salah satu moto hidup saya, "Sebelum dakwah orang, dakwah diri sendiri dahulu!"

Hidup ini memberi bukan hanya pada orang lain, ia bermula dengan memberi pada diri sendiri dahulu. Beri peluang dan masa untuk diri menjadi manusia. =)

Friday, November 30, 2012

Tidak akan kecewa orang yang istikharah.

Thursday, November 29, 2012

Cinta dan kasih sayang bukan dari manusia, tapi dari Allah.
Kasih sayang ibubapa datang dari Allah.
Cinta pada pasangan juga datang dari Allah.

Kalau 'kantoi' jaga hubungan dengan Allah, dengan manusia konfirm 'kantoi' jugak. Hebat macam mana kita rancang hidup, tetap tak dapat kalau Allah tak beri.
Ayat bacaan untuk sahabat-sahabat yang masih mencari jodoh:

Surah Yusuf (ayat 4)
Surah Anbia (ayat 89)
Surah Al Qasas (ayat 24)
Surah Yunus (ayat 81)

- Manisnya kurma ini.

Monday, December 26, 2011

Sorry! Aku tak da masa nak baca!


“Tak da masa dowh!”
“Aku busy la!” 

Saya yakin, anda pernah guna dan biasa dengar ayat ini kan? Macam mana saya tahu? Sebab saya pun pernah biasa guna!

Selalukah anda berada dalam salah satu daripada situasi di bawah:
·         Tidak mempunyai banyak masa untuk membaca?
·         Tidak mempunyai masa untuk bekerja dengan prestasi yang lebih baik?
·         Tidak mempunyai masa untuk menguruskan pelbagai jenis bil dan hutang yang perlu dilangsaikan?
·         Sentiasa kesuntukan masa untuk mengejar “deadline” bagi tugasan yang penting?
·         Tidak mempunyai masa untuk bersembang bersama keluarga dan bermain dengan anak-anak?
·         Selalu terlupa untuk menghantar kereta ke pusat servis, menelefon ibu bapa di kampung, menghantar kad ucapan hari lahir atau ulang tahun perkahwinan dan lain-lain lagi?
·         Tidak dapat mengikuti program rukun tetangga di kawasan perumahan anda?
·         Tidak dapat merancang percutian keluarga yang seronok dan mendamaikan?

Sangat menyesakkan apabila kita berada dalam kondisi kerja berlambak tapi masa tak cukup kan?

Apa sahaja kerja yang kita lakukan memerlukan masa. Tak kira kerja apa. Dengan itu, memang kita tidak boleh lari dengan masa.

Model 10/90!
Satu strategi yang boleh kita aplikasikan ialah Model 10/90.

Kita perlu menggunakan 10% daripada masa kita untuk merancang masa kita, dan ini akan menjimatkan 90% daripada masa kita dalam mencapai sesuatu matlamat (jangka panjang atau jangka pendek).

Adakah anda merancang masa anda? Maksud saya, benar-benar merancang sehingga mengambil masa 30 minit-1 jam hanya untuk merancang masa? 

Kalau tidak, anda perlu mulakan merancang masa anda 10% untuk menjimatkan 90%!

Contohnya, setiap malam atau pagi, anda luangkan sedikit masa untuk senaraikan tugasan yang anda rancang nak selesaikan hari ini dan susun ikut kepentingan.

Pinjam masa dari orang lain. (Delegasi kerja pasukan)
Masa pun ada pinjaman. Kalau dah namanya pun pinjam, nanti kena pulangkan semula la bro.

Kita ini hidup saling melengkapi. Ada yang bulat, petak, kurus, gemuk, hitam, putih, kuat, rajin. Semua ini saling memerlukan dalam ekosistem kehidupan kita. Maka bermakna, kehidupan ini satu kerjasama.
Bukan dalam organisasi sahaja, dalam keluarga pun boleh diamalkan pembahagian tugasan (task delegation). Bahagikan tugasan kepada orang lain mengikut rasional.

Saya merupakan salah seorang yang sangat tidak suka strategi ini. Kalau kita ada tugasan yang diberikan, kita mempunyai matlamat dan impian agar ia dibuat secara cermat dan keputusannya adalah terbaik. Dan ini sangat susah untuk saya capai dalam kerja berpasukan. Terlalu banyak halangan terutamanya komunikasi dan trust.

Namun itu persepsi lama saya. Sekarang saya yakin, setiap kita dilahirkan didunia ini untuk berpasukan (kerjasama). Tambahan lagi kehidupan berumahtangga sangat banyak mentarbiah saya menghargai masa dan saling melengkapi. teehee!

Mustahil untuk kita selesaikan semua tugasan kita bersendirian. Kalau kita mati nanti pun, kita masih terpaksa memberikan kepercayaan kepada orang lain untuk menguruskan jenazah kita. Itu juga pembahagian tugas.

Jangan lupa jimatkan masa!
Duduk depan facebook lebih 2 jam sehari baca status orang lain, tengok email, tengok TV, makan di luar, guling-guling atas katil, gentel bantal sambil pandang bumbung rumah; anda rasa semua ini tanda anda menghargai masa ke? Yes, of course not! Semua ini Nampak macam kecil, tetapi bisa merubah jumlah masa anda yang tak terjangka dek minda. (baca belog saya mcm yang anda sedang lakukan ni tak dikira membuang masa ok! hehe)

1.Jika kita jimatkan 2 minit sehari ? setahun 12 jam
2. Jika kita jimatkan 10 minit sehari ? setahun 60 jam
3. Jika kita jimatkan 30 minit sehari ? setahun 180 jam (1 bulan)
4. Jika kita jimatkan 1 jam sehari ? setahun 360 jam (2 bulan)

Penjimatan yang sangat besar !!!

Maka, jom berhenti dari menggunakan perkataan “Tak cukup masa” atau “sibuk sangat” dari penggunaan seharian kita. Dengan cara ini sahaja, anda akan MENCARI MASA dan tidak menjadikannya alasan!



p/s: Kongsi dan share jika anda rasa pengisisan ini berguna. Jangan kata tak da masa nak share pulak ok! hehe.

Tuesday, December 20, 2011

Tido-tidoan. Tetiduran.


Jangan isi cuti anda dengan tidur. Jika anda hidup 50 tahun, dan anda tidur sekurang-kurangnya 8 jam setiap hari, anda sebenarnya sudah menghabiskan masa selama 17 tahun untuk tidur sahaja sebenarnya.

Itu kalau tidur 8 jam sehari bro, kalau yang dalam bas tido? dengar ceramah tido? tengok tv tido? makan tido? baca belog aku pun tido? so agak-agak berapa tahun korang dah bazirkan untuk tido je?

Bukan tak boleh tido, tapi berpada. Tido terlalu banyak hanya mendatangkan penyakit.

Monday, December 19, 2011

Productive Muslim in Malaysia weh!


Kalian pernah dengar berkenaan Productive Muslim.com? Try search di Youtube dan Google.

Dari UK, mereka akan berada di Malaysia buat pertama kalinya February tahun 2012 nanti.

Pendaftaran sudah mula dibuka sekarang. Dapatkan maklumat lanjut di facebook OneHeart Creative Solution.

A: "Jom belajar nak!?" , B: "Giler"


Sistem pendidikan Malaysia gagal!

Hampir setiap mulut yang saya jumpa pernah luahkan kata-kata ini. Terutamanya mereka yang pernah ke luar negara dan menilai sistem pendidikan negara lain.

Jika di Malaysia, anak mereka sangat liat bangun untuk ke sekolah. Namun di UK, anak-anak mudah bangun dan teruja untuk ke sekolah. Sistemnya bukan beri tugasan akademik dan latihan berlambak, tapi lebih kepada edutainment. Pelajar belajar atas kehendak sendiri.

Di Malaysia, anak mereka selalu kecewa bila gagal dapat banyak 'A' dalam ujian. Kerana masyarakat seperti menunding mereka sebagai bodoh'rian'. Di luar negara, anak-anak enjoy ambil examination dan positif pada keputusan peperiksaan mereka. Sistemnya bukan berlandaskan peperiksaan seperti Malaysia.

Di Malaysia, anak mereka buat latihan dan belajar sebab nak dapat 'A'. Namun di luar negara, anak mereka diajar untuk beri 'A' pada aktiviti mereka. Sistemnya 'A', bukan menjadikan pelajar sebagai 'tikus putih' dengan sistem tah apa-apa.

Di Malaysia, anak mereka 'disuap' untuk belajar. Di luar negara, anak mereka 'menyuap' kawan-kawan untuk belajar bersama-sama. Sistemnya belajar dari alam sosial, bukan dari dalam kelas.

Akhirnya, Menteri sendiri terpaksa mengaku sistem pendidikan kita lemah. Itu pun setelah berapa lama mereka sombong dan tetap mahu mencuba-cuba dan ber'eksperimen'. Lihat sahaja PPSMI, isu pemansuhan UPSR dan PMR, pengharaman mengambil subjek banyak-banyak, menjadikan subjek Pendidikan Islam sebagai elektif, sekolah budak zina, dan 1001 isu pendidikan dalam negara. Phhew~!

=)